Tuesday, 23 April 2013

Perbezaan Vitamin C Untuk Makan dan Vitamin C Untuk Terapi Wajah.


Tahukah anda Vitamin C yang secara umumnya dikenali sebagai Asid Askobik, bersifat larut-air, serta sangat sensitif terhadap cahaya dan metal. Khasiatnya akan hilang dengan mudah jika terdedah kepada faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan kepada rantaian kimianya. Vitamin C dipercayai mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan kepada manusia terutamanya sebagai anti-oksida, sebagai pemangkin kepada sistem imunisasi tubuh, penggalak kepada penghasilan kolagen dalam kulit, memperbaiki kondisi kulit yang rosak, dan juga sebagai penghalang kepada kerosakan DNA akibat radikal bebas.

Menurut kajian yang dijalankan, berdasarkan Journal of American Academy of Dermatology, menyatakan bahawa pemakaian Vitamin C dalam bentuk serum ke atas kulit wajah akan membantu membetulkan kembali struktur penuaan yang telah berlaku pada kulit.  Maka, ramai wanita mahupun lelaki yang mementingkan kecantikan kulit beralih kepada krim-krim ataupun serum yang terdapat kandungan Vitamin C demi untuk memastikan kulit mereka kelihatan muda dan cantik.

Namun masih ramai yang tidak tahu, sebenarnya Vitamin C yang terkandung di dalam krim mahupun serum mereka itu mungkin terdiri dari jenis dan derivatif Vitamin C yang berbeza. Apakah perbezaan untuk setiap jenis Vitamin C itu? Adakah sama fungsinya? Apakah kebaikan dan kelemahan setiap jenis dan derivatif Vitamin C yang terdapat dalam krim atau serum?

Maka, di sini saya mengulas akan setiap persoalan yang bermain di ruang fikiran anda. Sebenarnya ramai yang menyangka vitamin C yang digunakan dalam pemakanan harian adalah vitamin yang sama yang boleh diaplikasi di wajah bagi tujuan rawatan.
Sebenarnya pendapat ini kurang tepat. Ada beberapa jenis dan derivatif Vitamin C iaitu:-

1)  L-Ascorbic Acid (AA)
- Merupakan Vitamin C dalam bentuk yang tulen.
- Bersifat tidak stabil kepada faktor-faktor cahaya, metal, suhu yang sangat tinggi.
- Sangat larut-air dan tidak larut-lemak.
- Sesuai untuk diambil dalam pemakanan dan tidak begitu sesuai untuk diaplikasi pada kulit.
- Boleh menyebabkan iritasi kepada kulit jika disapu atau menyebabkan masalah kesihatan jika diambil secara berlebihan dalam pemakanan tanpa minum air yang banyak.

2) Ascorbyl Palmitate (AP)
- Dikenali sebagai Ester Vitamin C.
- Hasil daripada proses esterifikasi kepada Asid Lemak.
- Bersifat larut-lemak
- Tidak boleh larut dalam air, maka jenis ini tidak dapat menembusi kulit secara total jika disapu.

3) Magnesium Ascorbyl Phosphate (MAP)

- Bersifat larut-air sama seperti AA namun mempunyai kelemahan yang sama seperti AA.

4) Ascorbyl tetra-isopalmitoyl (ATIP)
- Adalah merupakan Derivatif Vitamin C.
- Stabil kepada keadaan larut-lemak dan kurang menyebabkan iritasi berbanding AA.
- Memberi kesan yang lebih efektif jika bergabung dengan Vitamin A dan E.
- Juga boleh berfungsi sebagai penghalang kerosakan oleh UV.
- Walaubagaimanapun jenis ini dikatakan sangat lemah dalam menembusi ruang kulit.

5) Sodium Ascorbyl Phosphate (SAP)*
- Sangat stabil. Apabila SAP ini menusup ke dalam kulit, ia akan bertukar kepada Vitamin C Bebas dengan kerjasama enzim semulajadi yang terdapat pada kulit semasa proses penetrasi.
- Sangat bagus sebagai penggalak kepada pertumbuhan kolagen dan merangsang kulit lebih awet  muda.
- Mampu stabil dalam jangkamasa 24 bulan jika disimpan di dalam bekas yang ditutup rapi dalam suhu 24 darjah selsius.
- Juga dikenali sebagai effective acne fighter dan selamat digunakan pada kulit tanpa menyebabkan iritasi.

UNTUK DR. AZIMUTH VITAMIN C INFUSION FACIAL THERAPY, BELIAU TELAH MENGGUNAKAN SODIUM ASCORBYL PHOSPHATE (SAP) SEBAGAI BAHAN AKTIF YANG DIYAKINI SANGAT BAGUS UNTUK KULIT WAJAH YANG BERSERI, CANTIK DAN AWET MUDA.



HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...