Sunday, 17 July 2011

Vitamin C Infusion Therapy


  
Alat Terapi  danVitamin C yang digunakan ketika terapi.
Kajian biosaintis menunjukkan Vitamin C boleh merangsang pembaharuan kulit dan meningkatkan metabolisme dan penyerapan kolagen.  Cara biasa menggunakan produk berasaskan Vitamin C di kulit tidak mujarab kerana Vitamin C tidak dapat diserap oleh kulit.  Cara yang berkesan adalah dengan menggunakan kaedah Vitamin C Infusion dengan iaitu dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil sebagai Micro Beau yang tidak sesekali melibatkan kaedah suntikan. Alat ini berfungsi diperingkat selular untuk merawat kulit seperti berikut:-

  • Dengan penyerapan Vitamin C menerusi kaedah osmosis dan kaedah rangsangan caj ion +ve dan -ve, Vitamin C akan diserap ke dalam kulit. Nutrien-nutrien seperti Co Q 10 dan juga kolagen akan dirangsang secara cepat.
  • Kulit akan menjadi tegang dan kedut-kedut halus akan hilang serta-merta.
  • Kulit yang kusam dan berjeragat akan dipudarkan di peringkat selular secara semulajadi tanpa bahan kimia (kebanyakan produk pemutihan menggunakan bahan kimia berbahaya yang merosakkan kulit pada jangka masa panjang dan boleh menyebabkan kanser).
  • Kaedah Vitamin C telah terbukti sangat baik untuk kulit dan anda tidak perlu untuk menjalani pembedahan plastik atau suntikan botox untuk sentiasa awet muda.  Vitamin C yang dititiskan akan masuk jauh ke dalam struktur kulit dan dapat menjauhkan dari serangan kuman.  Menurut kajian, vitamin C juga sangat bagus untuk merawat jerawat, open pores, kulit berminyak, kulit kusam, warna kulit tidak sekata, kulit berjeragat, kulit sensitif dan kulit yang sudah rosak.
Sebenarnya kaedah yang digunakan ini melibatkan beberapa terapi yang berjalan secara serentak ketika sesi rawatan dijalankan. Antaranya adalah seperti Terapi Iontophoresis (merupakan teknologi yang di bawa dari Korea). Iontophoresis bermaksud, cara kita memasukkan vitamin ke dalam sel-sel kulit melalui aliran elektrik bervoltan rendah.  Alat terapi yang digunakan ini membuka pori-pori dan membolehkan vitamin masuk ke dalam kulit dengan cepat dan mendalam.  Selain  itu, anda juga akan mendapat manfaat daripada Terapi Warna yang turut ada semasa proses kemasukan Vitamin C ini dijalankan. Bagi Terapi Warna, cahaya yang bewarna biru dipancarkan ke lapisan kulit.  Cahaya biru (450~500nm) berfungsi untuk merehatkan kulit dan menggalakkan penetrasi vitamin C ke dalam lapisan kulit manakala bagi Terapi Magnetik pula, ia sangat efektif bagi menggalakkan pengaliran darah yang baik, juga memberikan efek thermotherapy, serta menggalakkan kondisi kulit yang lebih baik. 


Click jika anda ingin tahu:-

3 comments:

  1. napela x de kat kuching srawak nie...cian kat saye..jeragat makin terok..salah penggunaan produk-hidrokuin...macam2 produk dah cuba tapi hampa..laser je yg belum..dah refer ke specialist skin namun hampe je...tolongla ..akak adilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap bersabar..anda digalakkan utk berhenti dari menggunakan produk tersebut. Jika terlalu teruk, memang terapi laser adalah disarankan, tetapi anda dinasihatkan agar memahami benar2 ttg kaedah itu sebelum melakukannya selain kos yang sangat tinggi. jika di sini, InsyaAllah, sy sedia membantu..

      Delete
  2. sekali terapi berapa kosnya?

    ReplyDelete

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...