Friday, 17 January 2014

Pengalaman Menikmati Spa Mandian Halia Ais.

    

Bermula dari hari semalam, saya telah memberanikan diri untuk merasai ke'best'an Spa Mandian Halia Ais. Memang menakjubkan. Hari ini dah 3 kali melakukannya. Sebelum ini ada juga tapi dah lama. Bau dan aroma ektrak halia ini memang menyegarkan. Mula-mula, bau halia yang memenuhi ruang tab mandi ini agak menyucuk hidung juga, namun lama-kelamaan bau menyucuk itu kian hilang dan diganti dengan rasa yang nyaman dan selesa. Ditambah lagi dengan rasa dingin ais yang dicampurkan bersama. Memang rasa sangat segar.

           

Tak sejuk ke? Jawapan saya: Sejuk. Namun bukanlah beerti sejuk sampai beku. Pada peringkat mula, untuk tempoh 5 minit pertama, kita akan dimandikan dalam tab mandi (yang lengkap dengan segala ramuan termasuk ekstrak halia) terlebih dahulu. Kemudian, selang 5 minit sehingga tamat 20 minit untuk 1 sesi, ais-ais yang berbentuk tiub akan dimasukkan secara berperingkat. Posisi badan pula tidaklah asyik berbaring sahaja. Terdapat panduan posisi badan yang perlu diikuti oleh pelanggan yang mandi. Panduan Posisi Badan itu dipamerkan di dinding bilik mandian. Setiap posisi, mempunyai maksud dan fungsi tertentu. Saya banyak memilih posisi baring mengiring dan merangkak. Ini sangat efektif dalam proses pemecahan lemak.

Untuk pengetahuan anda, Spa Mandian ini juga menggabungkan banyak elemen dalam satu terapi. Antaranya adalah Terapi Ozon, Terapi FIR dan jugaTerapi Getaran. Kesemua ini bila digabungkan dengan air sejuk serta bahan-bahan aktif yang dicampurkan termasuk ektrak halia, akan memberikan impak yang sangat positif pada tubuh badan.
    
Akhirnya, tamat tempoh 1 sesi, saya dapati kulit keseluruhan tubuh amat lembut, lembut macam kain yang direndam Softlan. Wajah juga bercahaya walaupun tanpa mekap. Badan pun rasa segar. Jerawat juga makin mengecut terutama sekiranya jerawat itu banyak di bahagian belakang badan.

Kepada mereka yang teringin juga nak menikmati pengalaman Spa Mandian Halia Ais ini, ada promosi untuk anda. Boleh booking di talian telefon 017-358 2488.


Untuk ketahui lebih lanjut, boleh Click di sini:

No comments:

Post a Comment

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...