Friday, 24 January 2014

Pentingnya ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Walaupun telah memegang pelbagai gulung sijil termasuk Ijazah Sarjana Muda, Certified yang bermacam-macam dalam bidang NLP, Hipnoterapi dan lain-lain, apabila dah menceburkan diri dalam bidang kecantikan dan solekan ini, kita tetap kena ada sijil yang mentauliahkan kemahiran kita dari badan yang disahkan terutama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Timbulnya idea dan fikiran untuk memiliki sijil ini  berpunca ketika saya bersua dengan seorang kenalan yang sudah pergi jauh dalam bidang kecantikan. Beliau sudah memiliki akademi sendiri dan juga bergelar tenaga pengajar. Jadi, tergerak hati ini untuk mendapatkan TAULIAH juga. Lebih-lebih lagi, bermacam-macam yang boleh berlaku bila kita tidak ditauliahkan oleh kerajaan. Malah, yang bagusnya bila ada SKM ini, kita boleh pergi lebih jauh. Maknanya di sini, kita boleh jadi tenaga pengajar yang diiktiraf, boleh keluarkan sijil kepada pelajar yang ambil kelas dengan kita. Malah sijil yang dikeluarkan juga dikira laku dan ada nilai. Selain itu banyak lagi peluang-peluang kita yang boleh diperoleh setelah memiliki SKM. Pihak JPK akan menawarkan beberapa kursus lagi seperti VTO, PPT dan juga PPL serta SLDN di mana peserta  yang sangat komit dalam kerjaya akan diberi ruang yang lebih luas dalam bidang masing-masing.

Antara portfolio yang perlu dibuat berdasarkan spesifikasi JPK         

No comments:

Post a Comment

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...