Kajian terbaru Dr. Azimuth menunjukkan bahawa kegunaan Soft Laser 890nm sangat mujarab, tiada kesan sampingan dan berkesan bagi mereka yang mengalami masalah kulit terutamanya jeragat, jerawat batu, kulit berparut dan kerosakan kulit yang disebabkan oleh produk berasaskan bahan kimia. Kaedah ini akan memberi kesan yang optimum pada jangka masa panjang bagi memulihkan kembali kulit agar kelihatan bersih berseri dan tegang, InsyaAllah. Asas saintifik rawatan kulit Soft Laser Dr. Azimuth adalah seperti berikut:-
- Kesan Biostimulasi : Pancaran laser akan menyebabkan stimulasi di peringkat selular yang akan meningkatkan kitaran darah di semua lapisan kulit. ini akan meningkatkan dan menggalakkan penyerapan nutrien seperti Vitamin C dan krim-krim kecantikan Dr. Azimuth yang lain. Dengan cara ini, kulit yang rosak akan dapat diperbaharui dengan tisu kulit baru yang lebih halus dan cantik. Biostimulasi laser juga akan menyeimbangkan dan menstabilkan pengeluaran melanin. Dengan itu, jeragat yang terdapat pada permukaan kulit mahupun parut hitam dapat dikurangkan, InsyaAllah.
- Anti-Edema: Stimulasi laser Dr. Azimuth juga dapat mengawal tekanan osmotik di peringkat selular untuk mengurangkan kesan-kesan bengkak akibat air berlebihan pada kulit di peringkat selular.
- Anti-Inflamasi: Pancaran laser juga dapat meningkatkan fungsi sistem limfatik untuk mengurangkan radang kulit.
- Anti-Kuman: Pancaran laser juga dapat menyahkuman dan parasit yang terdapat pada epidermis kulit. Dengan itu, kulit akan bebas bernafas serta bebas dari kuman-kuman yang menyebabkan sebaran jerawat pada kulit wajah.
Maklumat Tambahan
Selepas terapi, wajib menggunakan krim CoQ10 Vitamin E dengan 1 camca air yang dilarutkan di tangan dan disapu pada seluruh wajah. Tindakan ini adalah untuk menggalakkan dan memberi kesan super hydration untuk kulit lebih tegang, cantik dan mengelakkan kekeringan kulit.
how much for a session?
ReplyDeleteRawatn laser ni area rwg ada ke.
ReplyDeleteDi mane lokasi
ReplyDeleteberapa kos rawatan leser
ReplyDelete