Kalau di tanya "Macamana?", sudah pastinya bermacam-macam cara untuk tampil cantik dan sentiasa muda. Selalu yang kita dengar bahawa kecantikan perlu bermula dari dalam seterusnya baharulah ia dapat dizahirkan di luar. Kenyataan ini amatlah benar dan tepat, ibarat mahukan pokok yang sihat dan cantik, pastinya perlu penjagaan dalaman dan luaran. Penjagaan dalaman, semestinya memberikan pokok tersebut baja yang sesuai, dan air yang secukupnya bagi memastikan tumbesarannya tidak terbantut dan sihat, segar-bugar manakala penjagaan luaran pula, sudah pastinya pokok tersebut perlu didedahkan dengan cahaya matahari dengan seoptimumnya, dibela, dicantas dedaun kering yang rosak, dibersihkan dan bermacam-macam cara lagi bagi memastikan pohon tersebut cantik dan sihat.
Maka, pertalian manusia dengan alam semulajadi tetap ada dan tidak jauh berbeza. Sebagaimana kita menjaga dan membela pokok, begitulah juga caranya perlu kita menjaga diri dan penampilan diri kita. Bezanya hanyalah material yang digunapakai.
Untuk menjaga kecantikan diri, pertama sekali perlu jaga kesihatan dalaman badan terlebih dahulu. Kesihatan dalaman dapat dikecapi apabila seseorang itu menjaga corak pemakanan yang seimbang dan sihat. Amalkan pemakanan kaya dengan kandungan anti-oksidan dan rendah kalori. Kurangkan pemakanan yang kurang sihat yang boleh mengundang banyak radikal bebas menjengah dan terus bertapa di dalam sistem dalam badan kita yang boleh mempercepatkan proses penuaan. Antara contoh-contoh makanan sihat adalah seperti nasi dari beras perang, oat, ikan, ulam-ulaman dan beberapa jenis makanan lagi yang telah diterangkan di laman Nak Makan Apa Untuk Awet Muda dan Sihat? Contoh makanan kurang sihat adalah seperti makanan segera, makanan dalam tin ataupun yang makanan terproses, makanan yang mengandungi banyak bahan pewarna tiruan dan perasa tiruan. Seharusnya kategori-kategori makanan ini dielakkan sama sekali.
Selain daripada faktor pemakanan, aspek dalaman lain yang perlu diberi perhatian adalah faktor emosi. Emosi perlu dikawal dengan baik agar pengeluaran hormon-hormon yang menyebabkan penuaan dapat diminimumkan. Dalam erti kata lain, emosi mestilah sentiasa dalam keadaan tidak tertekan dan sentiasa ceria dalam apa juga situasi. Secara tidak langsung emosi yang terkawal ini akan mengarahkan wajah agar sentiasa dalam keadaan tersenyum dan perlakuan ini sememangnya akan membantu seseorang itu lambat nampak tua. Untuk tampak sentiasa muda, jangan dilupakan akan penerapan sikap rasional dan berfikiran positif bagi membentuk peribadi yang baik dan bersih kerana kebaikan daripada dalaman ini sememangkan akan terpancar ke wajah. Sama ada percaya atau tidak, ia adalah benar dan bukan sesekali gimik.
Berkenaan dengan penjagaan kecantikan dari segi luaran pula, banyak sekali petua-petua yang patut diamalkan antaranya adalah bersenam atau melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan tubuh badan kita. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan, malah dapat memantapkan otot-otot tubuh agar sentiasa pejal dan tidak menggelebeh serta langsing malahan kulit kita juga dikatakan dapat 'bernafas' dengan baik hasil daripada aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh dan tenaga. Selain itu, tentu sekali penjagaan wajah lebih dititik-beratkan, maka dengan itu terdapat urutan khas pada wajah yang dikenali sebagai Urutan Accu-Face-Lift. Urutan ini, kalau diamalkan 2-3 kali sehari bagi setiap hari, InsyaAllah anda akan nampak hasil yang amat menggembirakan dalam masa 2-3 bulan selepas diamalkan. Urutan wajah ini menumpukan kepada titik-titik awet muda yang terdapat pada wajah di mana begitu ramai wanita mahupun kalangan lelaki tidak mengetahui tentang rahsia ini.
Sekiranya anda mempunyai kemampuan yang lebih, elok sangatlah sekiranya anda melakukan terapi wajah yang khusus untuk awet muda seperti yang disarankan oleh pusat terapi kami iaitu Terapi Vitamin C Infusion, iaitu sejenis terapi yang dapat memasukkan segala khasiat yang terkandung dalam krim kecantikan atau Vitamin C ke dalam lapisan kulit dengan sangat efisien. Kolaborasi Vitamin C yang dimasukkan ke dalam lapisan kulit ini dengan jaringan kolagen yang sedia ada pada kulit wajah akan membantutkan proses penuaan. Jika anda amalkan semua ini, InsyaAllah, wajah anda akan kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar anda. Penerangan lanjut berkenaan dengan perkara ini, anda boleh klik: Vitamin C Infusion Therapy.

I like!! thanks for the info.. :)
ReplyDelete