Monday, 22 August 2011

Nak Makan Apa Untuk Awet Muda dan Sihat?


     Di dalam blog ini, saya telah banyak bincangkan tentang produk-produk keluaran Dr. Azimuth yang disarankan untuk penjagaan dalaman dan luaran bagi seseorang itu untuk kelihatan menawan sepanjang masa. Antaranya adalah seperti GamatMaxx, Bioyouth, Teh Misai Kucing, Minyak Kelapa Dara dan banyak lagi. Namun begitu, kali ini, saya ingin dedahkan lagi tentang pemakanan lain yang turut boleh diamalkan bagi menjaga kecantikan dalaman dan luaran.

   Hakikat yang kita tahu bahawa, setiap sifat yang hidup pasti melalui fasa kehidupan sebagai  seorang kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan akhirnya akan menemui Pencipta Yang Maha Esa. Sememangnya kita tidak ada kuasa untuk menghalang "tua" itu daripada singgah dan menginap pada segenap tubuh badan kita.  Namun begitu, Allah jualah yang telah mengilhamkan kepada para pengkaji atau saintis dengan menemukan mereka ini tentang ideolagi-ideologi bagi melambatkan penuaan namun perlu diingat bahawa sampai saat ini, tidak terdapat lagi sebarang ubat untuk menghentikan terus penuaan. Walaubagaimanapun, perlulah kita tahu bahawa usahlah kita terlalu ghairah mahu menikmati kemajuan dalam kecanggihan teknologi aestetik atau kecantikan tanpa memikirkan soal halal dan haramnya di sisi Tuhan.

     Alhamdulillah,  berdasarkan penemuan daripada kajian-kajian yang terperinci daripada Dr. Azimuth dan rakan-rakan seperjuangan, maka sebenarnya terlalu banyak makanan yang ada di sekeliling kita yang tinggi kandungan agen antioksida yang kadangkala kita tidak sangka-sangka. Contohnya ulam-ulaman dan juga herba-herba yang kita selalu gunakan dalam masakan. Namun begitu, jarang-jarang sekali kita menyedari ia sebenarnya mempunyai khasiat yang amat baik untuk kesihatan dalaman badan kita.  Antara ulam-ulaman awet muda adalah pegaga, bunga kantan, daun selom, ulam raja, daun selasih, daun kaduk, misai kucing dan banyak lagi.

     Selain daripada ulam-ulaman, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin juga penting sebagai sumber vitamin dan mineral kepada tubuh dan kulit. Maka, untuk tujuan kesihatan dan kecantikan, sumber-sumber makanan ini jangan sesekali diabaikan.

     Selain daripada keperluan zat galian mineral dan vitamin, kolagen juga adalah suatu unsur yang sangat penting dalam memastikan diri kita lambat dimamah usia.  Ramai yang tidak tahu di manakah sumber kolagen dapat diperolehi.  Berikut adalah beberapa contoh makanan yang mengandungi banyak kolagen atau dapat meningkatkan sintesis kolagen dalam tubuh:-
  • Strawberi
Kandungan vitamin C dalam strawberi mempunyai peranan penting untuk mengurangkan efek penuaan seperti kedutan dan kulit kering serta kasar.  Penelitian di American Journal of Clinical Nutrition pada 2007 mengungkap bahawa vitamin C sangat bermanfaat dalam menentang radikal bebas dan dapat merangsang pembentukan kolagen sehingga memberi efek menghaluskan kulit.  Strawberi juga mengandungi asid ellagic yang dapat memulihara serat elastin dalam kulit juga berfunsi untuk memelihara struktur kulit agar tetap utuh serta menjaga kekencangan dan keanjalan kulit. Selain itu, ia juga amat bermanfaat dalam menghalang dari enzim perosak yang menyebabkan penuaan cepat berlaku.
  • Bawang Putih
Bawang putih mengandungi kandungan sulfur atau belerang yang turut membantu dalam penghasilan kolagen.  Kandungan lainnya adalah seperti asid taurine dan lipoid yang mana ia bertanggungjawab untuk memperbaiki serat kolagen dalam struktur kulit.
  • Tomato
Tomato mengandungi likopen yang merupakan antioksida yang menghambat enzim kolagenase (sejenis enzim yang merosakkan ikatan peptida pada kolagen).
  • Ikan
Ikan selalunya mengandungi omega-3 terutamanya seperti ikan tuna, ikan salmon, ikan sardin dan ikan trout..  Kandungan ini penting untuk penjagaan kulit yang sihat dan bercahaya.  Kandungan Asid Lemak Omega-3 (Asid Ecosapentaenoik) juga berperanan dalam pembentukan kolagen.

  • Buah Manggis


(akan datang, saya akan update kan lagi....)

No comments:

Post a Comment

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...