Monday, 4 July 2011

Open Pores Skin

Pengenalan
      Pores atau liang pori-pori sememangnya terdapat di keseluruhan badan kita, liang halus ini juga mengandungi folikel rambut/bulu dan berfungsi sebagai jalan keluar sebum. Saiz liang-liang ini akan berubah apabila sebaceous glands bertindak aktif dan akan menyebabkan pembukaan liang pori bertambah luas. Selain itu, faktor-faktor seperti peningkatan umur dan diikuti dengan kulit wajah atau tubuh yang mula mengendur juga menyebabkan  pori-pori boleh terbuka dengan lebih besar. Liang pori-pori yang terbuka luas dan besar ini cenderung untuk tersumbat dan perkara ini boleh menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata, jerawat, dan wajah kelihatan tidak menarik.
Liang Pori-pori Kelihatan Jelas
     Sebenarnya, sehingga ke saat ini, tiada satu rawatanpun yang boleh menutup terus liang pori terbuka.  Walaubagaimanapun dengan kaedah rawatan yang betul, InsyaAllah, saiz liang-liang ini boleh dikecil atau dikurangkan dengan mengurangkan aktiviti sebaceous glands atau dengan cara memantapkan keanjalan kulit menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Antara terapi/rawatan yang disyorkan adalah seperti Vitamin C Infusion Therapy (dapat kurangkan aktiviti sebaceous glands dan menggalakkan sintesis kolagen pada kulit), dan juga RF Facial Therapy (mengaktifkan sintesis kolagen pada kulit dan menganjalkan otot wajah agar kembali tegang sekaligus, mengurangkan penampilan liang pori-pori terbuka)

Faktor Penyebab Open Pores:-


Pengeluaran Sebum yang Tidak Terkawal/Berlebihan
  • Perkara ini berlaku apabila aktiviti pengeluaran sebum yang terlalu sesak dan tidak terkawal meningkat dengan cepat. Ini menyebabkan pembukaan liang-pori-pori lebih cepat terbuka dan kelihatan jelas dengan mata kasar.
  • Timbunan minyak atau sebum yang berlebihan ini akan menyebabkan liang folikel tersumbat. Apabila timbunan sebum yang tersumbat ini dibiar lama, ia akan mengeras dan mengambil ruang yang besar di dalam liang folikel. Pada masa yang sama, ruang kulit di sisi liang ini pula akan tertarik keluar secara berlawanan.  Secara tidak langsung, fenomena ini akan menyebabkan pertambahan dalam diameter liang pori dan menjadikan kulit wajah kelihatan kasar.
  • Aktiviti 'tarikan dua arah bertentangan' inilah yang menyebabkan kerosakan pada tisu di dalam kulit yang menyumbangkan permasalah ini.
  • Secara normalnya, tisu kulit yang tertarik ini, kebiasaannya akan terikat kembali ke tempat asalnya, di mana pori-pori yang sudah terbuka dan meluas ini akan kembali mengecut dan mengecil dek kerana terdapat tisu penyambung yang menggantikan tisu-tisu yang rosak.
  • Namun begitu, apabila penghasilan tisu penyambung ini mula berkurangan, maka kerja-kerja penggantian tisu yang rosak gagal dilaksanakan, justeru menyebabkan liang pori-pori yang terbuka ini gagal dirawat dan mengakibatkan ia berlubang secara kekal.
Kekurangan Penghasilan Tisu Penyambung (kehilangan Kolagen dan Elastin)
  • Tisu-tisu penyambung adalah merupakan suatu struktur yang terdapat pada tubuh kita yang berfungsi untuk memegang dan mengikat sel-sel kulit agar tidak kendur dan menggelebeh.
  • Ia terbahagi kepada dua struktur major iaitu molekul protein atau kolagen dan juga elastin.
  • Berdasarkan kajian, antara sebab-sebab mengapa penghasilan struktur ini berkurang adalah seperti berikut;-
  1. Faktor Umur
  • Semakin meningkat usia, semakin kurang penghasilan struktur kolagen dan elastin.
  • Selepas mencapai umur 20 tahun, kita akan mengalami kehilangan lebih kurang 2% kolagen bagi setiap tahun selepas itu.
  • Lingkaran pada liang pori-pori akan lebih mudah untuk tertarik keluar dan menyebabkan pori-pori lebih jelas membesar dan meluas.
     2.  Faktor Pendedahan Matahari dan Sinar UV
  • Menyebabkan lapisan epidermis kulit menipis, pembesaran pada diameter pori-pori seterunya menyebabkan open pores.
  • Pendedahan ini juga boleh mengakibatkan kerosakan pada elastin dan kolagen yang sedia ada dan menggangu pertumbuhan dan produksi kolagen-kolagen baru dan seterunya menyebabkan kulit kurang keanjalan dan elastisiti.
     3.  Radikal Bebas
  • Menyebabkan permasalahan yang ada bertambah teruk.
Kurang Tidur
  • Kurang tidur ini akan menyumbangkan kepada permasalahan hormon yang tidak seimbang / harmonal imbalance dan menyebabkan pengeluaran sebum yang luar dari biasa.
  • Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan aktiviti metabolisma yang tidak seimbang di mana keadaan keasidan kulit yang sihat bertukar kepada suatu keadaan yang lebih beralkali. Keadaan beralkali ini akan menyebabkan kulit cenderung untuk menghadapi masalah.
Faktor-faktor Lain
  • Pertukaran Hormon
  • Make-up Secara Berlebihan
  • Faktor Genetik
  • Kurang Penjagaan Kebersihan Wajah
  • Acne dan Blackhead
  • Pendedahan Cahaya Matahari Secara Berlebihan
  • Alkohol dan Merokok
  • Dehidrasi Kulit
  • Kotoran Terperangkap, Minyak, dan Sel-sel Kulit Mati.
  • Diet Tidak Seimbang
  • Menopouse
Cara-cara Menangani Permasalahan Open Pores












No comments:

Post a Comment

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...