Sunday, 17 July 2011

Penjagaan Luaran

Penjagaan luaran memerlukan kita menjaga kesihatan kulit secara teratur dan betul. Regim penjagaan mestilah dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang diingini. Antara tip-tip yang boleh dilakukan di rumah adalah seperti di bawah:-

Deep Cleansing
Selalu bersihkan kulit muka dengan Make-Up Remover bagi membersihkan make-up jika anda bersolek. Kemudian cuci muka tanpa perlu menggosokkan dengan kasar. Elakkan dari memakai pencuci muka yang mengandungi SLS (Sodium Laurel Sulfat). Boleh cuba Cleanser Complete atau Sensitive Skin Cleanser.

Exfoliation
Bagi masalah open pores, gunakan scrub atau exfoliant jenis butiran halus (Dr. Azimuth Bamboo Microdermabrasion Scrub merupakan scrub yang halus hasil dari teknologi nano). Jangan sesekali gunakan scrub jenis bijian yang dipecahkan secara kasar dan butiran berbentuk tak sekata kerana perlakuan menggosokkan muka dengan scrub jenis ini boleh menyebabkan kecederaan pada kulit dan memudaratkan lagi masalah kulit yang ada. Keperluan untuk melakukan langkah ini adalah disarankan 1 atau 2 kali seminggu sahaja. Jangan lakukan secara berlebihan kerana tindakan ini juga menyebabkan ruang pori-pori akan lebih terbuka.

Toning
Jangan sesekali meninggalkan langkah ini. Pemilihan toner/penyegar yang betul juga adalah penting. Jangan memilih toner yang terlalu banyak kandungan alkohol (kandungan yang terlalu tinggi boleh mengeringkan kulit) ataupun hidrokuinon. Senang sahaja untuk tentukan kandungan ini ada dalam penyegar anda. Jika anda terasa sensasi yang terlalu sejuk apabila disapukan di wajah, itu berkemungkinan penyegar anda mengandungi kandungan alkohol yang tinggi. Selain itu, jika anda letakkan sedikit cecair penyegar ini di permukaan kapas, kemudian biarkan untuk 2-3 minit, jika warna pada kapas itu menjadi warna lebam, itu berkemungkinan besar mengandungi hidrokuinon atau bahan yang seumpama dengannya. Dengan itu, anda boleh cuba atau test di rumah nanti. Dr. Azimuth Rejuvenating Toner adalah penyegar yang berformulasikan dari ekstrak buah-buahan asli, ekstrak manjakani, Haematococcus Pluvialis (Astaxa Bioessence) dll.

Moisturizing/Serum
Untuk wajah yang open pores, adalah digalakkan memakai produk pelembab yang mengandungi bahan-bahan yang boleh bertindak untuk menegangkan kembali kulit, membantu penghasilan kolagen dan elastin pada kulit, dan berfungsi menghalang dari radikal bebas dan pengoksidaan.  Kandungan Vitamin C (dalam bentuk L-Ascorbyl Acid, Magnesium Ascorbyl Phosphate, Ascorbyl Tetraisopalmitate) juga adalah salah satu kandugan yang sangat baik untuk permasalahan ini.  Selain itu, krim rawatan yang mengandungi Vitamin A, E dan juga ekstrak Astaxanthin sangat bagus untuk masalah open pores. Saranan untuk produk Dr. Azimuth adalah seperti Co Enzyme Q10 Cream atau Anti Aging Cream atau kedua-duanya sebagai krim pelembap adalah sangat bagus selain melakukan Facial Vitamin C Infusion Therapy pada setiap 2-3 minggu sekali.

Sun Protection
Pilih dari jenis yang ringan dan yang berasaskan air dan mempunyai sekurang-kurangnya SPF 30. Gunakanlah Water Based Sun Block SPF30 daripada Dr. Azimuth Formula. Sebaik-baiknya pakailah seawal pukul 10 pagi hinggalah 5 petang. Anda perlu ingat, setiap kali anda berpeluh dan terkena air, pemakaian sun block anda sudah tiada.



No comments:

Post a Comment

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...