Monday, 20 June 2011

KENALI JENIS KULIT ANDA

BERAPA kerap anda menukar produk pencuci muka? Adakah anda selalu memilih produk kecantikan yang salah berasaskan kepada jenis kulit muka? Ramai golongan remaja selalu mengadu sukar untuk menentukan jenis kulit mereka. Ini kerana setiap kali mereka ke kaunter membeli-belah, ada sahaja jurujual yang memperkenalkan produk baru yang mampu memberi kesan mujarab.

Lebih-lebih lagi apabila komen seorang jurujual terhadap jenis kulit yang dimiliki berbeza dengan jurujual yang lain. Sebenarnya, kebanyakan daripada petugas produk kecantikan hanya menitikberatkan jualan barangan daripada meluangkan masa untuk menganalisis dan meneliti tekstur kulit. Jenis kulit muka dikenalpasti dengan merujuk kepada jumlah sebum yang dihasilkan dari liang roma. Kulit muka boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu, kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Justeru, perlu diingat bahawa jenis kulit kita boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk kecantikan yang digunakan.

Oleh itu, haruslah ingat bahawa jenis kulit anda pada masa sekarang tidak semestinya sama lima tahun lalu atau lima tahun yang akan datang. Anda perlu melakukan pemeriksaan kulit dari semasa ke semasa.

Kulit Normal
Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.
Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis. Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.
Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucia yang lembut sepertiCleanser Complete. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar (Rejuvenating Toner) untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas (sama ada Renewing Moisturiser/ Anti Aging Cream/ kedua-duanya). Pakailah Water Based Sunblock SPF 30 untuk tujuan pencegahan dari sinar UV pada siang hari.

Kulit Kering
Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.
Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa. Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi. Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang kurang berbuih seperti Sensitive Skin Cleanser. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. (tidak digalakkan cuci dengan air suam-panas) Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi seperti RenewingMoisturiser+ Co Enzyme Q10, dan Anti Wrinkle Cream sebagai rawatan tambahan hanya di kawasan yang berkedut.

Kulit Berminyak
Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri. Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat. Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah. Pencuci muka boleh terdiri dari Clenser Complete dan Sensitive Skin Cleanser (bagi yang sudah berjerawat). Setelah disapukan Rejuvenating Toner, kulit muka boleh disapu dengan Co Enzyme Q10 danAcne Cream Gel (untuk disapu di bahagian berjerawat). Untuk mengurangkan penampilan kulit berminyak, anda juga disarankan memakai bedak yang bersesuaian kerana ia mampu untuk menyerap minyak timbul di permukaan kulit. Tapi ingat! Jangan lupa untuk membersihkannya sebelum tidur.

Kulit Kombinasi
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak. Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T. Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka jenis Sensitive Skin Cleanser. Gunakan Krim Co Enzyme Q10 di keseluruhan muka dan Renewing Moisturiser hanya di bahagian yang kering dan jangan lupa untuk sapukan Water Based Sunblock SPF 30 pada waktu siang.

* Untuk kesan yang lebih dramatik anda digalakkan membuat Terapi Vit.C Infusion 2/3 minggu sekali..

No comments:

Post a Comment

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...