Ramai yang teruja apabila tajuk nak kurus diutarakan. Macam pisang
goreng panas. Kepada sahabat-sahabat yang mahukan badan kembali seperti anak
dara ,sebenarnya amat mudah dan senang.Jika kata senang, maka senanglah jawapannya walaupun hakikatnya agak sukar untuk
dizahirkan.
Saya pernah menerima pelanggan yang awal-awal lagi dah surrender apabila saya mencadangkan perkara-perkara yang dirasakan
amat berat untuk dilakukan. Namun Alhamdulillah, setelah menjalani terapi
kaunseling dan terapi emosi selama lebih kurang 1 jam, beliau begitu bersemangat untuk menurunkan beratnya secara semulajadi. Hampir setiap hari
beliau akan menghubungi saya serta mengirimkan gambar makanan sihat yang
dijamah. Alhamdulillah, memang berat badan beliau turun secara
semulajadi tanpa sedikitpun tekanan dilalui. Inilah yang kita mahu
sebenarnya. Iaitu aktiviti penurunan berat badan yang santai berlaku
tanpa merasai tekanan malah diresapi dengan rasa semangat yang begitu
kental.
Namun begitu, ramaikah antara kita yang tahu petua atau
kaedah untuk set hati dan minda bagi disimpul mati akan semangat kental
ini pada diri? Haa... Perkara inilah yang selalunya gagal dilakukan oleh
mereka yang hendak langsing dan kurus secara konsisten. InsyaAllah, boleh buat
temujanji dengan saya dahulu selepas ini bagi menaikkan semangat nak
kurus tanpa lelah.
Di bawah adalah cara-cara yang perlu diikuti untuk kurus:
1. Perlu motivasi diri untuk menjiwai diet anda. Kalau sukar, boleh
dapatkan bantuan dari terapis, InsyaAllah, bab yang ini, boleh hubungi
saya.
2. Saya selalu memberatkan mereka yang nak kurus mesti
tidak tinggalkan sarapan, makan tengahari, dan makan malam before 7.30
malam. Makanan mesti yang rendah kalori. Jika dalam tempoh diet, anda
mesti kekalkan pengambilan diet sebanyak 1200-1500 kcal sehari. Pastikan
juga anda membaca jumah kalori pada label makanan. Disiplinkan diri
makan nasi 2 senduk atau segenggam sahaja sehari. Elakkan makanan
pepejal dalam masa 10 hari. Banyakkan minum air kosong. Sebenarnya boleh
je kalau nak minum ais. Tiada masalah.
3. Supplement yang digalakkan untuk dimakan adalah, habbatus sauda,
minyak zaiton dan minyak bawang putih. Perlu makan sebaik selepas anda
ambil makanan utama. Supplement ini sangat bagus dalam mencernakan
makanan dan baik untuk penghadaman serta meningkatkan daya pembakaran
dalam system badan, InsyaAllah.
4. Senaman amat penting kalau
nak cepat kurus. Sekurang-kurangnya, 20-30 minit sehari. Antara aktiviti yang boleh
dilakukan adalah dengan berjalan laju, jogging, senamrobik ikut
youtube, atau apa sahaja zktiviti yang boleh menyebabkan anda letih dan berpeluh
hanya dalam masa 20-30 minit sahaja. Sekejap je pun. Yang penting,
InsyaAllah lemak boleh terbakar dalam 100-150 kalori. Anda tak perlu
pergi ke gym atau ke tempat lain. Jika anda kreatif, sebenarnya ruang di
dalam rumahpun boleh dijadikan tempat untuk kita membakar lemak.
5. Kalau nak lebih cepat lagi, anda boleh pergi bersauna FIR lebih
kurang 15-20 minit dan juga menjalani Hidroterapi Spa untuk 20minit.
Melalui terapi ini, lagi banyak kalori boleh terbakar iaitu about
200-250 kalori terbakar. Harga terapipun taklah berapa mahal, iaitu
range dari RM55-60-99 sahaja.
6. Kalau rajin dan istiqomah,
InsyaAllah setiap minggu akan turun 1-1.5 kg. Bayangkan sebulan, dah
turun 4-6kg, kalau 3bulan, boleh turun mencecah ke 18kg. Sama macam kita
buat di London dan Slim World iaitu 3bulan turun 18kg. Malah
sangat-sangat menjimatkan serta badan sukar untuk naik mendadak kembali.
Selamat Beramal
-Adilla Zainuddin-