Thursday, 31 October 2013

Kurus Badan Secara Semulajadi

Ramai yang teruja apabila tajuk nak kurus diutarakan. Macam pisang goreng panas. Kepada sahabat-sahabat yang mahukan badan kembali seperti anak dara ,sebenarnya amat mudah dan senang.Jika kata senang, maka senanglah jawapannya walaupun hakikatnya agak sukar untuk dizahirkan.

Saya pernah menerima pelanggan yang awal-awal lagi dah surrender apabila saya mencadangkan perkara-perkara yang dirasakan amat berat untuk dilakukan. Namun Alhamdulillah, setelah menjalani terapi kaunseling dan terapi emosi selama lebih kurang 1 jam, beliau begitu bersemangat untuk menurunkan beratnya secara semulajadi. Hampir setiap hari beliau akan menghubungi saya serta mengirimkan gambar makanan sihat yang dijamah. Alhamdulillah, memang berat badan beliau turun secara semulajadi tanpa sedikitpun tekanan dilalui. Inilah yang kita mahu sebenarnya. Iaitu aktiviti penurunan berat badan yang santai berlaku tanpa merasai tekanan malah diresapi dengan rasa semangat yang begitu kental.

Namun begitu, ramaikah antara kita yang tahu petua atau kaedah untuk set hati dan minda bagi disimpul mati akan semangat kental ini pada diri? Haa... Perkara inilah yang selalunya gagal dilakukan oleh mereka yang hendak langsing dan kurus secara konsisten. InsyaAllah, boleh buat temujanji dengan saya dahulu selepas ini bagi menaikkan semangat nak kurus tanpa lelah. 


Di bawah adalah cara-cara yang perlu diikuti untuk kurus:

1. Perlu motivasi diri untuk menjiwai diet anda. Kalau sukar, boleh dapatkan bantuan dari terapis, InsyaAllah, bab yang ini, boleh hubungi saya.

2. Saya selalu memberatkan mereka yang nak kurus mesti tidak tinggalkan sarapan, makan tengahari, dan makan malam before 7.30 malam. Makanan mesti yang rendah kalori. Jika dalam tempoh diet, anda mesti kekalkan pengambilan diet sebanyak 1200-1500 kcal sehari. Pastikan juga anda membaca jumah kalori pada label makanan. Disiplinkan diri makan nasi 2 senduk atau segenggam sahaja sehari. Elakkan makanan pepejal dalam masa 10 hari. Banyakkan minum air kosong. Sebenarnya boleh je kalau nak minum ais. Tiada masalah.

3. Supplement yang digalakkan untuk dimakan adalah, habbatus sauda, minyak zaiton dan minyak bawang putih. Perlu makan sebaik selepas anda ambil makanan utama. Supplement ini sangat bagus dalam mencernakan makanan dan baik untuk penghadaman serta meningkatkan daya pembakaran dalam system badan, InsyaAllah.

4. Senaman amat penting kalau nak cepat kurus. Sekurang-kurangnya, 20-30 minit sehari. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan berjalan laju, jogging, senamrobik ikut youtube, atau apa sahaja zktiviti yang boleh menyebabkan anda letih dan berpeluh hanya dalam masa 20-30 minit sahaja. Sekejap je pun. Yang penting, InsyaAllah lemak boleh terbakar dalam 100-150 kalori. Anda tak perlu pergi ke gym atau ke tempat lain. Jika anda kreatif, sebenarnya ruang di dalam rumahpun boleh dijadikan tempat untuk kita membakar lemak.

5. Kalau nak lebih cepat lagi, anda boleh pergi bersauna FIR lebih kurang 15-20 minit dan juga menjalani Hidroterapi Spa untuk 20minit. Melalui terapi ini, lagi banyak kalori boleh terbakar iaitu about 200-250 kalori terbakar. Harga terapipun taklah berapa mahal, iaitu range dari RM55-60-99 sahaja.

6. Kalau rajin dan istiqomah, InsyaAllah setiap minggu akan turun 1-1.5 kg. Bayangkan sebulan, dah turun 4-6kg, kalau 3bulan, boleh turun mencecah ke 18kg. Sama macam kita buat di London dan Slim World iaitu 3bulan turun 18kg. Malah sangat-sangat menjimatkan serta badan sukar untuk naik mendadak kembali.

Selamat Beramal

-Adilla Zainuddin-

No comments:

Post a Comment

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...