Monday, 27 January 2014

Vitamin C Infusion With Instant Eraser for Wrinkle


Terapi wajah ini adalah sangat istimewa kerana formula yang digunakan adalah dari bahan botanikal dan asli serta digabungkan dengan teknologi peralatan terkini yang membantu penyerapan bahan-bahan ini untuk diserap ke jauh dalam epidermis kulit sebanyak 400 kali ganda berbanding kaedah sapuan biasa.

Selesai sahaja terapi ini, wajah bukan sahaja tampak putih, namun yang paling mengagumkan adalah penampilan kedut pada wajah juga hilang secara dramatik dan segera. Memang magik!! Selain itu, lebih kerap anda menjalani terapi ini, anda akan lihat wajah anda semakin tegang. Wajah yang kendur  dikencangkan kembali selain kedutan akan hilang.

Pasti ramai yang bertanya bahawa berapa lamakan kesan positif ini mampu bertahan. Ia mampu bertahan InsyaAllah, dalam masa seminggu. Bergantung kepada bagaimana rutin anda dalam memelihara kulit anda. Digalakkan anda setiasa banyak meminum air kosong, memakai sun block, tidak terlalu mendedahkan kulit ke arah cahaya matahari, memakai krim atau serum anti-kedut.

Bagi peringkat mula, digalakkan anda melakukan setiap seminggu sekali. Namun, untuk kesan yang lebih cepat, anda boleh lakukan 2 kali seminggu dalam masa sebulan. Kemudian, selepas sebulan, anda boleh melakukan 'maintenance' untuk jangka waktu sebulan 2 kali atau sekali.

Insya-Allah, kami akan mengeluarkan serum istimewa ini di awal Mac nanti untuk penggunaan pelanggan dengan harga yang sesuai dan berpatutan. Namun jika anda ingin lihat hasil, dan rasa sendiri keajaiban yang bakal berlaku pada diri anda, marilah datang sekarang untuk mendapatkan tempat di pusat terapi kami bagi mencuba terapi wajah magik ini.

Bagi mereka yang mahu mencuba banyak kali bagi terapi ini, kami menawarkan harga istimewa untuk anda ambil package. Untuk harga pengenalan, kami menawarkan dengan harga RM167/sesi yang memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Harga asal untuk terapi ini adalah RM277/sesi.

  • Harga Asal             : RM277/sesi
  • Harga Pengenalan  : RM167/sesi *Promosi
  • Harga Pakej           : RM155 X 4 Sesi *Promosi





Friday, 24 January 2014

Pentingnya ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Walaupun telah memegang pelbagai gulung sijil termasuk Ijazah Sarjana Muda, Certified yang bermacam-macam dalam bidang NLP, Hipnoterapi dan lain-lain, apabila dah menceburkan diri dalam bidang kecantikan dan solekan ini, kita tetap kena ada sijil yang mentauliahkan kemahiran kita dari badan yang disahkan terutama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Timbulnya idea dan fikiran untuk memiliki sijil ini  berpunca ketika saya bersua dengan seorang kenalan yang sudah pergi jauh dalam bidang kecantikan. Beliau sudah memiliki akademi sendiri dan juga bergelar tenaga pengajar. Jadi, tergerak hati ini untuk mendapatkan TAULIAH juga. Lebih-lebih lagi, bermacam-macam yang boleh berlaku bila kita tidak ditauliahkan oleh kerajaan. Malah, yang bagusnya bila ada SKM ini, kita boleh pergi lebih jauh. Maknanya di sini, kita boleh jadi tenaga pengajar yang diiktiraf, boleh keluarkan sijil kepada pelajar yang ambil kelas dengan kita. Malah sijil yang dikeluarkan juga dikira laku dan ada nilai. Selain itu banyak lagi peluang-peluang kita yang boleh diperoleh setelah memiliki SKM. Pihak JPK akan menawarkan beberapa kursus lagi seperti VTO, PPT dan juga PPL serta SLDN di mana peserta  yang sangat komit dalam kerjaya akan diberi ruang yang lebih luas dalam bidang masing-masing.

Antara portfolio yang perlu dibuat berdasarkan spesifikasi JPK         

Wednesday, 22 January 2014

Majalah Stailista (Keluaran 29. Jan 2014)


 



Majalah Harmoni (15-31 Jan 20140




Friday, 17 January 2014

Pengalaman Menikmati Spa Mandian Halia Ais.

    

Bermula dari hari semalam, saya telah memberanikan diri untuk merasai ke'best'an Spa Mandian Halia Ais. Memang menakjubkan. Hari ini dah 3 kali melakukannya. Sebelum ini ada juga tapi dah lama. Bau dan aroma ektrak halia ini memang menyegarkan. Mula-mula, bau halia yang memenuhi ruang tab mandi ini agak menyucuk hidung juga, namun lama-kelamaan bau menyucuk itu kian hilang dan diganti dengan rasa yang nyaman dan selesa. Ditambah lagi dengan rasa dingin ais yang dicampurkan bersama. Memang rasa sangat segar.

           

Tak sejuk ke? Jawapan saya: Sejuk. Namun bukanlah beerti sejuk sampai beku. Pada peringkat mula, untuk tempoh 5 minit pertama, kita akan dimandikan dalam tab mandi (yang lengkap dengan segala ramuan termasuk ekstrak halia) terlebih dahulu. Kemudian, selang 5 minit sehingga tamat 20 minit untuk 1 sesi, ais-ais yang berbentuk tiub akan dimasukkan secara berperingkat. Posisi badan pula tidaklah asyik berbaring sahaja. Terdapat panduan posisi badan yang perlu diikuti oleh pelanggan yang mandi. Panduan Posisi Badan itu dipamerkan di dinding bilik mandian. Setiap posisi, mempunyai maksud dan fungsi tertentu. Saya banyak memilih posisi baring mengiring dan merangkak. Ini sangat efektif dalam proses pemecahan lemak.

Untuk pengetahuan anda, Spa Mandian ini juga menggabungkan banyak elemen dalam satu terapi. Antaranya adalah Terapi Ozon, Terapi FIR dan jugaTerapi Getaran. Kesemua ini bila digabungkan dengan air sejuk serta bahan-bahan aktif yang dicampurkan termasuk ektrak halia, akan memberikan impak yang sangat positif pada tubuh badan.
    
Akhirnya, tamat tempoh 1 sesi, saya dapati kulit keseluruhan tubuh amat lembut, lembut macam kain yang direndam Softlan. Wajah juga bercahaya walaupun tanpa mekap. Badan pun rasa segar. Jerawat juga makin mengecut terutama sekiranya jerawat itu banyak di bahagian belakang badan.

Kepada mereka yang teringin juga nak menikmati pengalaman Spa Mandian Halia Ais ini, ada promosi untuk anda. Boleh booking di talian telefon 017-358 2488.


Untuk ketahui lebih lanjut, boleh Click di sini:

Thursday, 16 January 2014

Hydro Therapy - Spa Mandian Halia Ais

Antara Bahan-bahan yang digunakan untuk Spa Mandian Halia Ais

Spa Mandian ini merupakan suatu terapi yang menerapkan elemen air, ais, ozon serta ekstrak halia dan diperkaya lagi dengan  campuran beberapa minyak aromaterapi tulen dan juga garam bukit bagi memberikan impak segar, sihat dan awet muda. Bagi mereka yang mengamalkan spa mandian ini, tubuh mereka akan dirasakan sangat segar malah struktur kulit juga tampak lebih basah, bersih. Selain itu untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan juga digalakkan untuk menikmati terapi santai ini. 

Terdapat 5 golongan yang wajib buat Mandian Spa Terapi ini. Siapakah mereka? Jom tengok:-
  1. Mereka yang mempunyai struktur kulit yang kasar lebih-lebih lagi di kawasan punggung dan badan. Selepas sesi ini, anda akan dapati kawasan kulit kasar sudah tiada dan kulit sangat lembut. Dah tak perlu nak skrub selalu.
  2. Mereka yang mahukan wajah jelita, segar tanpa mekap.Insya-Allah semakin banyak sesi anda lakukan, semakin cerah dan sihat wajah anda. Ini adalah kerana kandungan minyak semulajadi dalam halia yang telah terbukti secara saintifik mampu memberi keanjalan pada kulit dan melancarkan aliran darah.
  3. Mereka yang mahu lakukan detoks pada kulit.
  4. Mereka yang nak kuruskan badan secara santai tanpa tekanan.
  5. Mereka yang nak buang angin dalam badan.
Untuk mengetahui fungsi-fungsi bahan aktif yang digunakan dalam spa terapi ini, mari kita baca info di bawah:-

Fakta Kelebihan Halia 

Halia, Insya-Allah menambah daya ingatan, dan membuang bau badan serta menolak bahaya makanan berat dan berangin keluar dari tubuh kita.
Selain itu terdapat lagi kelebihan halia yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita khususnya:


1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan dan Mabuk Pagi
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia. Juga halia mengatasi kes mabuk pagi dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
 
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.

Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 

Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia inilah yang dikenali sebagai gingerols dan oleoresin. Minyak halia pula digunakan sebagai bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan juga ubatan.

Titik-titik Utama yang Aktif Semasa Terapi Hidro Dijalankan

Fakta Kelebihan Ais
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  •  Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukartidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  •  Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  •  Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  •  Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  •  Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut.
  • Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan diwaktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk diawal pagi kerana ia menguatkan perut.
Petikan dari buku panduan dan aplikasi Seri Wajah (Aromatherapy
Vibration) – Dr.Nohissam Mustafa
Colour Vibration Therapy
Complementary Alternative Medicine International
Prof. Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab (Founder)


Kepada mereka yang teringin juga nak menikmati pengalaman Spa Mandian Halia Ais ini, ada promosi untuk anda. Boleh booking di talian telefon 017-358 2488.


Sunday, 12 January 2014

Aura D'Hati (Seminar & Terapi)

Mari kita ketahui cara untuk kita Membina Aura (Nur) dan Memelihara Hati kita. Mari kita beramai-ramai memeriahkan seminar ini agar kita dapat berkumpul dalam majlis ilmu yang mungkin sebelum ini kita tidak pernah ambil tahu pun tentang Aura (Nur) dan bagaimana kita boleh gunakan dalam kehidupan harian.

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...