Hai I'm Adilla Zainuddin |
Pada suatu ketika, saya pernah
terfikir macamana saya mahu jadi seperti ketika saya masih berusia 21 tahun.
Ketika itu saya jauh lebih kecil, malah sangat langsing. Pilihan pakaian pula terlalu
banyak malah hati sangat gembira apabila baju idaman berada di dalam genggaman.
Pernahkah anda mengalami pengalaman yang sama seperti saya? Jika jawapannya ya,
anda boleh teruskan bacaan ini. Jika tidak, anda juga boleh teruskan. Tidak ada
salahnya, manalah tahu ada sesuatu pengajaran yang boleh anda ambil dan
dijadikan iktibar untuk diri anda juga kepada mereka yang tersayang.
Untuk pengetahuan anda, sejarah kegemukan yang dialami saya adalah ketika saya baru
habis bersalin. Ketika itu, jiwa rungsing bukan kepalang. Bermacam-macam yang terfikir dibenak fikiran agar dapat kembali kecil dan langsing seperti dulu.
Maka di sini, ingin saya ketahui daripada anda. Bagaimana pula dengan situasi anda? Adakah pengalaman anda menyerupai dengan apa yang pernah saya lalui? Mungkin ya dan mungkin juga berbeza. Mari kita lihat, apakah kemungkinan-kemungkinan itu.
- Mungkin kegemukan yang anda alami berpunca dari kecil lagi atau dipanggil baka.
- Mungkin juga kes kegemukan anda bermula setelah berkahwin.
- Mungkin masalah kegemukan anda bermula setelah anda berhenti bersukan.
- Mungkin ada juga menyatakan bahawa ia gemuk dan berisi setelah berlaku sesuatu insiden contohnya pulih dari sakit, putus cinta,dan stres.
- Malah tidak mustahil kerana ramai yang berkata kepada saya bahawa mereka naik berat badan disebabkan jiwa lapang, hati senang, perut kenyang” we enjoy our life, so we are enjoying food.”
Walau apapun puncanya, jawapannya adalah SATU, iaitu gemuk
dan berlebihan berat badan. Saya percaya bahawa ramai yang tertanya-tanya
bahawa bagaimana saya boleh menurunkan berat badan saya kembali.
Saya ingin berkongsi dengan anda. Ketika mengandung, berat 73kg, habis pantang jadi 64kg
sedangkan ketika belum berumahtanga, berat saya adalah 54kg. Bagaimana mahu
hilangkan 10kg? Apakah metadologinya? Apakah boleh saya terus mengekalkan berat
yang diidamkan selama-lamanya?
Perkara inilah yang paling banyak bermain di benak fikiran
saya. Izinkan saya bertanya lagi kepada anda, adakah anda mahu tahu rahsia ini? Jika
anda ingin sangat-sangat untuk ketahuinya, anda boleh teruskan lagi pembacaan ini. Bagi yang tidak
mengingininya, anda boleh berhenti setakat ini. Mungkin penerangan yang
berjela-jela ini membuatkan anda tak rajin untuk membaca. Namun, saya yakin dan
percaya, anda masih meneruskan pembacaan kerana anda telahpun menghabiskan sehingga ke ayat
yang terakhir.
Ini bermakna memang anda benar-benar hendak tahu apakah rahsia untuk menurun dan
mengekalkan berat badan anda agar mimpi anda untuk seperti dahulu menjadi
kenyataan Insya-Allah.
[EPISOD 2]
Bagi episod dua ini, anda telah menghampiri kepada jawapan yang anda cari. Namun, saya ingin memberitahu sesuatu kepada anda. Dalam hal ini, rasanya amat nyaman jika kita saling berurusan dengan menggunakan e-mail, kerana ia lebih privasi dan bebas dari komen-komen yang mungkin boleh menyakiti anda. Anda boleh emailkan kepada saya dengan catatan seperti ini:
- Subjek: Bermimpi Untuk Seperti Dahulu (Gemuk---->Kurus)
- Message: Nama anda
- Hantar: di_alawi@yahoo.com
(Adilla Zainuddin CH, CHt)