Wednesday, 27 August 2014

Bermimpi Untuk Seperti Dahulu (Gemuk---->Kurus)

[EPISOD 1]
Hai I'm Adilla Zainuddin

Pada suatu ketika, saya pernah  terfikir macamana saya mahu jadi seperti ketika saya masih berusia 21 tahun. Ketika itu saya jauh lebih kecil, malah sangat langsing. Pilihan pakaian pula terlalu banyak malah hati sangat gembira apabila baju idaman berada di dalam genggaman. 

Pernahkah anda mengalami pengalaman yang sama seperti saya? Jika jawapannya ya, anda boleh teruskan bacaan ini. Jika tidak, anda juga boleh teruskan. Tidak ada salahnya, manalah tahu ada sesuatu pengajaran yang boleh anda ambil dan dijadikan iktibar untuk diri anda juga kepada mereka yang tersayang.

Untuk pengetahuan anda, sejarah kegemukan yang dialami saya adalah ketika saya baru habis bersalin. Ketika itu, jiwa rungsing bukan kepalang. Bermacam-macam yang terfikir dibenak fikiran agar dapat kembali kecil dan langsing seperti dulu.  

Maka di sini, ingin saya ketahui daripada anda. Bagaimana pula dengan situasi anda? Adakah pengalaman anda menyerupai dengan apa yang pernah saya lalui? Mungkin ya dan mungkin juga berbeza. Mari kita lihat, apakah kemungkinan-kemungkinan itu.

  • Mungkin kegemukan yang anda alami berpunca dari kecil lagi atau dipanggil baka.
  • Mungkin juga kes kegemukan anda bermula setelah berkahwin.
  • Mungkin masalah kegemukan anda bermula setelah anda berhenti bersukan.
  • Mungkin ada juga menyatakan bahawa ia gemuk dan berisi setelah berlaku sesuatu insiden contohnya pulih dari sakit, putus cinta,dan stres.
  • Malah tidak mustahil kerana ramai yang berkata kepada saya bahawa mereka naik berat badan disebabkan jiwa lapang, hati senang, perut kenyang” we enjoy our life, so we are enjoying food.”

Walau apapun puncanya, jawapannya adalah SATU, iaitu gemuk dan berlebihan berat badan. Saya percaya bahawa ramai yang tertanya-tanya bahawa bagaimana saya boleh menurunkan berat badan saya kembali. 

Saya ingin berkongsi dengan anda. Ketika mengandung, berat 73kg, habis pantang jadi 64kg sedangkan ketika belum berumahtanga, berat saya adalah 54kg. Bagaimana mahu hilangkan 10kg? Apakah metadologinya? Apakah boleh saya terus mengekalkan berat yang diidamkan selama-lamanya? 

Perkara inilah yang paling banyak bermain di benak fikiran saya. Izinkan saya bertanya lagi kepada anda, adakah anda mahu tahu rahsia ini? Jika anda ingin sangat-sangat untuk ketahuinya, anda boleh teruskan lagi pembacaan ini. Bagi yang tidak mengingininya, anda boleh berhenti setakat ini. Mungkin penerangan yang berjela-jela ini membuatkan anda tak rajin untuk membaca. Namun, saya yakin dan percaya, anda masih meneruskan pembacaan kerana  anda telahpun menghabiskan sehingga ke ayat yang terakhir.

Ini bermakna memang anda benar-benar hendak tahu apakah rahsia untuk menurun dan mengekalkan berat badan anda agar mimpi anda untuk seperti dahulu menjadi kenyataan Insya-Allah.

[EPISOD 2]

Bagi episod dua ini, anda telah menghampiri kepada jawapan yang anda cari.  Namun, saya ingin memberitahu sesuatu kepada anda. Dalam hal ini, rasanya amat nyaman jika kita saling berurusan dengan menggunakan e-mail, kerana ia lebih privasi dan bebas dari komen-komen yang mungkin boleh menyakiti anda. Anda boleh emailkan kepada saya dengan catatan seperti ini:
  • Subjek: Bermimpi Untuk Seperti Dahulu (Gemuk---->Kurus)
  • Message: Nama anda
  • Hantar: di_alawi@yahoo.com
Insya-Allah, kita akan bertemu menerusi email untuk ketahui apakah yang terdapat dalam EPISOD 2.


(Adilla Zainuddin CH, CHt)




 

No comments:

Post a Comment

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...