Tuesday, 5 July 2011

Permasalahan Kulit dan Cara Tanganinya

  1. Kulit Open Pores
  2. Kulit Berminyak dan Berjerawat (under construction)
  3. Kulit Kering/Berkedut (under construction)
  4. Kulit Berjeragat (under construction)
  5. Kulit Kemerah-merahan (Radang Kulit)(under construction)
  6. Kulit Berparut (under construction)
  7. Kulit Kusam dan Hitam (under construction)

Monday, 4 July 2011

Open Pores Skin

Pengenalan
      Pores atau liang pori-pori sememangnya terdapat di keseluruhan badan kita, liang halus ini juga mengandungi folikel rambut/bulu dan berfungsi sebagai jalan keluar sebum. Saiz liang-liang ini akan berubah apabila sebaceous glands bertindak aktif dan akan menyebabkan pembukaan liang pori bertambah luas. Selain itu, faktor-faktor seperti peningkatan umur dan diikuti dengan kulit wajah atau tubuh yang mula mengendur juga menyebabkan  pori-pori boleh terbuka dengan lebih besar. Liang pori-pori yang terbuka luas dan besar ini cenderung untuk tersumbat dan perkara ini boleh menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata, jerawat, dan wajah kelihatan tidak menarik.
Liang Pori-pori Kelihatan Jelas
     Sebenarnya, sehingga ke saat ini, tiada satu rawatanpun yang boleh menutup terus liang pori terbuka.  Walaubagaimanapun dengan kaedah rawatan yang betul, InsyaAllah, saiz liang-liang ini boleh dikecil atau dikurangkan dengan mengurangkan aktiviti sebaceous glands atau dengan cara memantapkan keanjalan kulit menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Antara terapi/rawatan yang disyorkan adalah seperti Vitamin C Infusion Therapy (dapat kurangkan aktiviti sebaceous glands dan menggalakkan sintesis kolagen pada kulit), dan juga RF Facial Therapy (mengaktifkan sintesis kolagen pada kulit dan menganjalkan otot wajah agar kembali tegang sekaligus, mengurangkan penampilan liang pori-pori terbuka)

Faktor Penyebab Open Pores:-


Pengeluaran Sebum yang Tidak Terkawal/Berlebihan
  • Perkara ini berlaku apabila aktiviti pengeluaran sebum yang terlalu sesak dan tidak terkawal meningkat dengan cepat. Ini menyebabkan pembukaan liang-pori-pori lebih cepat terbuka dan kelihatan jelas dengan mata kasar.
  • Timbunan minyak atau sebum yang berlebihan ini akan menyebabkan liang folikel tersumbat. Apabila timbunan sebum yang tersumbat ini dibiar lama, ia akan mengeras dan mengambil ruang yang besar di dalam liang folikel. Pada masa yang sama, ruang kulit di sisi liang ini pula akan tertarik keluar secara berlawanan.  Secara tidak langsung, fenomena ini akan menyebabkan pertambahan dalam diameter liang pori dan menjadikan kulit wajah kelihatan kasar.
  • Aktiviti 'tarikan dua arah bertentangan' inilah yang menyebabkan kerosakan pada tisu di dalam kulit yang menyumbangkan permasalah ini.
  • Secara normalnya, tisu kulit yang tertarik ini, kebiasaannya akan terikat kembali ke tempat asalnya, di mana pori-pori yang sudah terbuka dan meluas ini akan kembali mengecut dan mengecil dek kerana terdapat tisu penyambung yang menggantikan tisu-tisu yang rosak.
  • Namun begitu, apabila penghasilan tisu penyambung ini mula berkurangan, maka kerja-kerja penggantian tisu yang rosak gagal dilaksanakan, justeru menyebabkan liang pori-pori yang terbuka ini gagal dirawat dan mengakibatkan ia berlubang secara kekal.
Kekurangan Penghasilan Tisu Penyambung (kehilangan Kolagen dan Elastin)
  • Tisu-tisu penyambung adalah merupakan suatu struktur yang terdapat pada tubuh kita yang berfungsi untuk memegang dan mengikat sel-sel kulit agar tidak kendur dan menggelebeh.
  • Ia terbahagi kepada dua struktur major iaitu molekul protein atau kolagen dan juga elastin.
  • Berdasarkan kajian, antara sebab-sebab mengapa penghasilan struktur ini berkurang adalah seperti berikut;-
  1. Faktor Umur
  • Semakin meningkat usia, semakin kurang penghasilan struktur kolagen dan elastin.
  • Selepas mencapai umur 20 tahun, kita akan mengalami kehilangan lebih kurang 2% kolagen bagi setiap tahun selepas itu.
  • Lingkaran pada liang pori-pori akan lebih mudah untuk tertarik keluar dan menyebabkan pori-pori lebih jelas membesar dan meluas.
     2.  Faktor Pendedahan Matahari dan Sinar UV
  • Menyebabkan lapisan epidermis kulit menipis, pembesaran pada diameter pori-pori seterunya menyebabkan open pores.
  • Pendedahan ini juga boleh mengakibatkan kerosakan pada elastin dan kolagen yang sedia ada dan menggangu pertumbuhan dan produksi kolagen-kolagen baru dan seterunya menyebabkan kulit kurang keanjalan dan elastisiti.
     3.  Radikal Bebas
  • Menyebabkan permasalahan yang ada bertambah teruk.
Kurang Tidur
  • Kurang tidur ini akan menyumbangkan kepada permasalahan hormon yang tidak seimbang / harmonal imbalance dan menyebabkan pengeluaran sebum yang luar dari biasa.
  • Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan aktiviti metabolisma yang tidak seimbang di mana keadaan keasidan kulit yang sihat bertukar kepada suatu keadaan yang lebih beralkali. Keadaan beralkali ini akan menyebabkan kulit cenderung untuk menghadapi masalah.
Faktor-faktor Lain
  • Pertukaran Hormon
  • Make-up Secara Berlebihan
  • Faktor Genetik
  • Kurang Penjagaan Kebersihan Wajah
  • Acne dan Blackhead
  • Pendedahan Cahaya Matahari Secara Berlebihan
  • Alkohol dan Merokok
  • Dehidrasi Kulit
  • Kotoran Terperangkap, Minyak, dan Sel-sel Kulit Mati.
  • Diet Tidak Seimbang
  • Menopouse
Cara-cara Menangani Permasalahan Open Pores












Sunday, 3 July 2011

Co Enzyme Q10

                              
Menggunakan teknologi nano-liposome yang InsyaAllah dapat membantu:-
  • Meneutralkan radikal bebas yang menyumbang kepada penuaan.
  • Meningkatkan pemulihan dan penghasilan kulit baru serta mungurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Membantu melindungi pengeluaran kolagen dan elastin daripada terjejas.
  • Mengurangkan kedut dan kesan parut.
      Price   :  RM64.00 WM
           :  RM74.00 EM

Sensitive Cleanser

Diformulakan dengan surfactant yang lebih lembut dan sangat sesuai untuk kulit yang sensitif, nipis, kering dan kemerah-merahan. Sensitive Cleanser membersihkan kesan solekan dan kotoran tanpa mengganggu pH dan lembapan semulajadi kulit. Kulit akan terasa lembut dan segar. InsyaAllah..

Sensitive Skin Cleanser 125g (Actual)
Retail Price: RM40.00

Sensitive Skin Cleanser 30g (Trial)
Retail Price: RM12.00

Saturday, 2 July 2011

Set Asas/Basic Set

Set Asas Astaxa Bioessence diformulakan untuk mengekalkan keremajaan kulit terutama untuk kulit normal dan tidak bermasalah. Rangkaian produk berasaskan Haematococcus Pluvialis khusus untuk menentang radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit tua sebelum waktunya.

Harga: 
Pek Besar:  RM 161.00 (WM)  RM 185.00 (EM)
Pek Kecil:   RM 45.00  (WM)  RM 52.00 (EM)

Terdiri daripada:-
Cleanser Complete
Rejuvenating Toner
Renewing Moisturiser
Exfoliating Cleansing Gel

Produk Makanan kesihatan Dr. Azimuth

  1. GamatMaxx
  2. Colonkleen (Fiber)
  3. IggMaxx
  4. Madu Isteri
  5. Madu Suami 
  6. Propolis Ginseng Honey
  7. Bioyouth (Collagen)
  8. Minyak Kelapa Dara 
  9. Minyak Kelapa Dara + Pati Habbatus Sauda 
  10. Minyak Kelapa Dara + Pati Halia
  11. Minyak Kelapa Dara + Pati Serai
  12. LeanMaxx (Makanan Gantian Diet)
  13. Jus Aloe Vera (Sugar Free)
  14. Jus Aloe Vera (Fibre)
  15. Jus Spirulina Lemon/Wheatgrass
  16. Teh Misai Kucing
  17. Teh Misai Kucing dan Hempedu Bumi
  18. Kopi Tenaga

KESAN-KESAN TOKSIN TINGGI DALAM BADAN

TANDA-TANDA AWAL YANG MENUNJUKKAN BADAN KURANG BERSIH (TINGGI TOKSIN)
1. Lendir di dalam hidung dan kerongkong apabila bangun waktu pagi
2. Hidung tersumbat atau berair, lidah berlumur, bau nafas
3. Tanda darah dalam mata, tidak berselera makan, perut terasa berat
4. Perut berangin, pening kepala, terlalu banyak kelumumur, berpeluh berlebihan.
5. Badan berbau, kulit berwarna kekuningan lekas merah.
6. Bawah mata hitam dan kulit berjerawat.
7. Sukar bangun tidur.
8. Cepat Keletihan.

"Toksin meracuni tubuh" FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI
Petikan Artikel Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

     KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.  Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘agen’ pemberitahuan sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.
Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan. Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin.
     Golongan wanita lebih prihatin terhadap aspek penjagaan tubuh. Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.  Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.
Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

KAMI ADA CARA BAGI MENANGANINYA:

1. Minum Colonkleen Dr. Azimuth dalam keadaan sejuk sebelum sarapan pagi pada setiap hari.
2. Digalakkan untuk menjalani terapi FIR Sauna ataupun Hydro Therapy/Mandian Oksigen-Ozon pada bila-bila masa (sebaik-baiknya 2-3 kali seminggu).
3. Amalkan pemakanan kesihatan yang lain seperti Gamat Maxx, Teh Misai Kucing dan Minyak Kelapa Dara.
4. Amalkan minum air 'Hidup' seperti Dr. Azimuth Bio Aura Platinum Water Treatment.
Insya Allah..anda akan dapat lihat kesannya kemudian.

Selamat Mencuba..

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...