Friday, 23 December 2011

Soft Laser Therapy




Kajian terbaru Dr. Azimuth menunjukkan bahawa kegunaan Soft Laser 890nm sangat mujarab, tiada kesan sampingan dan berkesan bagi mereka yang mengalami masalah kulit terutamanya jeragat, jerawat batu, kulit berparut dan kerosakan kulit yang disebabkan oleh produk berasaskan bahan kimia.  Kaedah ini akan memberi kesan yang optimum pada jangka masa panjang bagi memulihkan kembali kulit agar kelihatan bersih berseri dan tegang, InsyaAllah.  Asas saintifik rawatan kulit Soft Laser Dr. Azimuth adalah seperti berikut:-
  • Kesan Biostimulasi :   Pancaran laser akan menyebabkan stimulasi di peringkat selular yang akan meningkatkan kitaran darah   di  semua lapisan kulit.  ini akan meningkatkan dan menggalakkan penyerapan nutrien seperti Vitamin C dan krim-krim kecantikan Dr. Azimuth yang lain.  Dengan cara ini, kulit yang rosak akan dapat diperbaharui dengan tisu kulit baru yang lebih halus dan cantik.  Biostimulasi laser juga akan menyeimbangkan dan menstabilkan pengeluaran melanin. Dengan itu, jeragat yang terdapat pada permukaan kulit mahupun parut hitam dapat dikurangkan, InsyaAllah.
  • Anti-Edema:  Stimulasi laser Dr. Azimuth juga dapat mengawal tekanan osmotik di peringkat selular untuk mengurangkan kesan-kesan bengkak akibat air berlebihan pada kulit di peringkat selular.
  • Anti-Inflamasi:  Pancaran laser juga dapat meningkatkan fungsi sistem limfatik untuk mengurangkan radang kulit.
  • Anti-Kuman:  Pancaran laser juga dapat menyahkuman dan parasit yang terdapat pada epidermis kulit. Dengan itu, kulit akan bebas bernafas serta bebas dari kuman-kuman yang menyebabkan sebaran jerawat pada kulit wajah.
Maklumat Tambahan
Selepas terapi, wajib menggunakan krim CoQ10 Vitamin E dengan 1 camca air yang dilarutkan di tangan dan disapu pada seluruh wajah. Tindakan ini adalah untuk menggalakkan dan memberi kesan super hydration untuk kulit lebih tegang, cantik dan mengelakkan kekeringan kulit.




Bridal Make-Up/Make-Over

Using FCC or known as Farmasi Color Cosmetic. This cosmetic is origin from Instanbul, Turkey. This make-up product is also endorsed as HALAL Cosmetic.



BEFORE MAKE-OVER
AFTER MAKE-OVER
BEFORE MAKE-UP
AFTER MAKE-UP



Thursday, 22 December 2011

Majalah Al-Muslimah (November 2011)





Wednesday, 21 December 2011

Utusan Malaysia Online - Feminin


Utusan Malaysia Online - Feminin

Saturday, 17 December 2011

Nak Buat Macamana Untuk Nampak Cantik dan Lambat Tua?

     Kalau di tanya "Macamana?", sudah pastinya bermacam-macam cara untuk tampil cantik dan sentiasa muda. Selalu yang kita dengar bahawa kecantikan perlu bermula dari dalam seterusnya baharulah ia dapat dizahirkan di luar. Kenyataan ini amatlah benar dan tepat, ibarat  mahukan pokok yang sihat dan cantik, pastinya perlu penjagaan dalaman dan luaran. Penjagaan dalaman, semestinya memberikan pokok tersebut baja yang sesuai, dan air yang secukupnya bagi memastikan tumbesarannya tidak terbantut dan sihat, segar-bugar manakala penjagaan luaran pula, sudah pastinya pokok tersebut perlu didedahkan dengan cahaya matahari dengan seoptimumnya, dibela, dicantas dedaun kering yang rosak, dibersihkan dan bermacam-macam cara lagi bagi memastikan pohon tersebut cantik dan sihat.

   
     Maka, pertalian manusia dengan alam semulajadi tetap ada dan tidak jauh berbeza. Sebagaimana kita menjaga dan membela pokok, begitulah juga caranya perlu kita menjaga diri dan penampilan diri kita. Bezanya hanyalah material yang digunapakai.

     Untuk menjaga kecantikan diri, pertama sekali perlu jaga kesihatan dalaman badan terlebih dahulu. Kesihatan dalaman dapat dikecapi apabila seseorang itu menjaga corak pemakanan yang seimbang dan sihat. Amalkan pemakanan kaya dengan kandungan anti-oksidan dan rendah kalori.  Kurangkan pemakanan yang kurang sihat yang boleh mengundang banyak radikal bebas menjengah dan terus bertapa di dalam sistem dalam badan kita yang boleh mempercepatkan proses penuaan. Antara contoh-contoh makanan sihat adalah seperti nasi dari beras perang, oat, ikan, ulam-ulaman dan beberapa jenis makanan lagi yang telah diterangkan di laman Nak Makan Apa Untuk Awet Muda dan Sihat? Contoh makanan kurang sihat adalah seperti makanan segera, makanan dalam tin ataupun yang makanan terproses, makanan yang mengandungi banyak bahan pewarna tiruan dan perasa tiruan.  Seharusnya kategori-kategori makanan ini dielakkan sama sekali.

      Selain daripada faktor pemakanan, aspek dalaman lain yang perlu diberi perhatian adalah faktor emosi.  Emosi perlu dikawal dengan baik agar pengeluaran hormon-hormon yang menyebabkan penuaan dapat diminimumkan.  Dalam erti kata lain, emosi mestilah sentiasa dalam keadaan tidak tertekan dan sentiasa ceria dalam apa juga situasi. Secara tidak langsung emosi yang terkawal ini akan mengarahkan wajah agar sentiasa  dalam keadaan tersenyum dan perlakuan ini sememangnya akan membantu seseorang itu lambat nampak tua. Untuk tampak sentiasa muda, jangan dilupakan akan penerapan sikap rasional dan berfikiran positif bagi membentuk peribadi yang baik dan bersih kerana kebaikan daripada dalaman ini sememangkan akan terpancar ke wajah. Sama ada percaya atau tidak, ia adalah benar dan bukan sesekali gimik.

      Berkenaan dengan penjagaan kecantikan dari segi luaran pula, banyak sekali petua-petua yang patut diamalkan antaranya adalah bersenam atau melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan tubuh badan kita. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan, malah dapat memantapkan otot-otot tubuh agar sentiasa pejal dan tidak menggelebeh serta langsing malahan kulit kita juga dikatakan dapat 'bernafas' dengan baik hasil daripada aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh dan tenaga.  Selain itu, tentu sekali penjagaan wajah lebih dititik-beratkan, maka dengan itu terdapat urutan khas pada wajah yang dikenali sebagai Urutan Accu-Face-Lift. Urutan ini, kalau diamalkan 2-3 kali sehari bagi setiap hari, InsyaAllah anda akan nampak hasil yang amat menggembirakan dalam masa 2-3 bulan selepas diamalkan.  Urutan wajah ini menumpukan kepada titik-titik awet muda yang terdapat pada wajah di mana begitu ramai wanita mahupun kalangan lelaki tidak mengetahui tentang rahsia ini.

      Sekiranya anda mempunyai kemampuan yang lebih, elok sangatlah sekiranya anda melakukan terapi wajah yang khusus untuk awet muda seperti yang disarankan oleh pusat terapi kami iaitu Terapi Vitamin C Infusion, iaitu sejenis terapi yang dapat memasukkan segala khasiat yang terkandung dalam krim kecantikan atau Vitamin C ke dalam lapisan kulit dengan sangat efisien. Kolaborasi Vitamin C yang dimasukkan ke dalam lapisan kulit ini dengan jaringan kolagen yang sedia ada pada kulit wajah akan membantutkan proses penuaan. Jika anda amalkan semua ini, InsyaAllah, wajah anda akan kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar anda. Penerangan lanjut berkenaan dengan perkara ini, anda boleh klik: Vitamin C Infusion Therapy.



Saturday, 3 December 2011

Petua Untuk Pastikan Produk Kecantikan Bebas Hidrokuinon



Say No to Hydroquinone



HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...