Sunday, 25 May 2014
Monday, 19 May 2014
Kebaikan Kolegen Kepada Tubuh Kita
Mari kita lihat, apakah kebaikan kolegen kepada seluruh tubuh kita. Kolegen bukan sahaja untuk mendapatkan wajah yang tegang dan awet muda, malah untuk kebaikan seluruh badan. InsyaAllah dengan pengambilan yang konsisten, anda akan lihat dan rasakan perubahan pada diri anda. InsyaAllah, pastinya nanti ramai yang menyedari dan menegur perubahan pada diri anda.
Bahagian-bahagian tubuh yang selalunya mempunyai masalah namun dengan adanya kolegen yang mencukupi, InsyaAllah kelemahan dan masalah yang dihadapi dapat di atasi. |
Kolegen yang diberi nama sebagai Adillaz Hydrolyzed Marine Collagen adalah 100% kolegen asli tanpa perasa, tanpa pengawet, tanpa pewarna, tanpa apa-apa aditif makanan sememangnya kolegen ikan terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan mutu bagi pemakanan tambahan. Anda patut mencubanya dan memilikinya.
Sekarang, kami mengadakan promosi dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. Hanya RM150 sahaja, malah kuantitinya juga sangat banyak iaitu 150gram/botol. Anda perlu ambil 7 gram (1scoop) sehari untuk lihat perubahan yang ketara. InsyaAllah anda pasti puas hati.
Untuk tempahan Online: RM7 WM, dan RM15 EM (bawah 500g) |
Wednesday, 14 May 2014
Kreatifkan Cara Pengambilan Hydrolyzed Marine Collagen.
[KERTAS PUTIH & PEWARNA]
Sewaktu kita kecil dahulu, ketika di zaman awal persekolahan, terdapat matapelajaran yang dipanggil LUKISAN. Saya pasti anda pernah diberikan sehelai kertas lukisan yang bewarna putih. Ketika pertama kali menerimanya, ada yang tidak mengerti langsung tujuan kertas itu diberi. Namun setelah diberikan pensil warna, peraut, krayon dan bermacam-macam peralatan melukis, diri mula semakin mengerti tujuan dan erti pemberian kertas lukisan tersebut kepada kita.
Saya yakin dan percaya, anda pasti kekok dan seolah-olah seperti ketandusan idea dalam melakarkan sebuah lukisan yang diminta oleh sang guru yang mengajar. Namun, pabila jari-jemari telah memulakan langkahnya dalam mencorak dan mewarna, kepala anda sudah mula ligat mendapat ilham untuk meneruskan lagi lukisan tersebut sehingga akhirnya terjadilah sebuah lukisan yang amat indah di kaca mata anda ketika itu.
[KREATIF DALAM PEMAKANAN]
Apa yang diceritakan tadi berkenaan dengan perihal lukisan itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan apa yang saya hendak katakan mengenai Adillaz Pure Hydrolyzed Marine Collagen. Asalnya putih, tidak bewarna, tidak berperisa, tidak juga dibubuh gula & 100% asli semata-mata.Jika ditatap begitu sahaja, pasti ada di kalangan anda yang bertanya: 'Bagaimana hendak makan kolegen ini? Bagaimana ingin meminum kolegen tulen ini? Pasti ramai yang tertanya-tanya bukan? Mudah, bayangkan kolegen tulen ini seolah-olah sehelai kertas lukisan putih tadi, di mana anda bebas melakar dan mewarna mengikut gaya dan citarasa anda. Tiada halangan dalam berkarya asalkan nisbahnya itu betul dan bertepatan dengan keperluan yang dihajati.
Maka dengan itu, saya ada beberapa cadangan untuk anda supaya anda juga mampu mendapat cetusan idea yang lebih bagus daripada saya. Mungkin anda lebih kreatif dalam mempelbagaikan cara pemakanan kolegen tulen ini.
Di bawah ini adalah antara perkara yang boleh dikongsikan:-
Lihat pada foto di atas, ini adalah contoh saya berkarya dengan makanan harian saya. Kolegen tulen ini bukan sekadar boleh dicampur dalam minuman sejuk atau panas, namun saya juga mencampurkan dalam masakan kegemaran saya iaitu sup sayur (labu air). Sekarang ,Sup Labu Air saya mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi berbanding biasa. Rasa? Rasanya tiada terjejas langsung. Masih Sup Petola yang sama. Beginilah ceritanya. Pada asalnya dibuat minum, namun jika kita memberi peluang kepada diri sendiri untuk lebih kreatif, Insya-Allah anda mampu lakukan yang lebih lagi.
Oh! Hampir saya terlupa. Anda teringin nak buat "mask" sendiri. Mudah sahaja. Jika nak lebih halus mulus, boleh campurkan dengan sedikit yogurt atau tairu dan sapukan ke keseluruhan wajah serta biarkan selama 20 minit dan cuci bersih.
Anda ada apa-apa cadangan atau idea bagaimana hendak "bermain-main dengan warna"? Kalau anda rasa ia sangat berguna kepada anda, atau anda sudah mula menyukai kolegen tulen ini, atau anda rasa macam tak sabar untuk memilikinya?
Boleh hubungi :-
[TIPS TAMBAHAN]
Oleh kerana anda masih lagi mahu dan masih setia meneruskan pembacaan ini, maka saya dengan besar hati, menghadiahkan lagi tip-tip kepada anda bagaimana nak kreatif dalam pengambilan Adillaz Pure Hydrolyzed Marine Collagen ini:-
Untuk mengambil atau memakan Kolegen ini, anda boleh:-
- Campurkan dengan kopi, minuman coklat panas atau apa-apa minuman panas yang anda suka.
- Boleh juga dicampurkan dengan jus oren, rabina, atau apa-apa minuman sejuk.
- Boleh juga dicampur dengan minuman kesihatan yang sedia ada sama ada dalam keadaan sejuk atau panas.
- Boleh juga dicampurkan dalam masakan anda.
- Boleh dicampur dalam produk kecantikan anda lebih-lebih lagi untuk rawatan rambut.
- Boleh dibancuh dengan sedikit air suam untuk dijadikan topeng atau mask muka.
HARGA (WM) RM150 (EM) RM170
ATAU
Email:di_alawi@yahoo.com
Email:di_alawi@yahoo.com
Jika anda ingin mengetahui lagi perkara-perkara lain mengenai kolegen ini, apa kata anda layari entri di bawah:-
Thursday, 8 May 2014
Bagaimana Penghasilan Hydrolyzed Marine Collagen
Bagi mereka yang inginkan Hydrolyzed Marine Collagen yang tulen lagi HALAL ini, boleh dapatkan segera menerusi:-
Wednesday, 7 May 2014
Monday, 5 May 2014
Adillaz 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen
Adillaz Skin Therapy Hydrolyzed Collagen
Adillaz Skin Therapy Collagen di proses dengan cara diekstrak daripada sisik ikan yang kemudiannya dikering dan didedahkan di bawah keadaan bilik bersih dan pemeriksaan kawalan kualiti intensif. Dalam tempoh dan keadaan ini, kandungan asid amino tertentu yang berada dalam kolegen akan dipertingkatkan bagi mewujudkan formula yang 100% kolegen tulen serta bebas daripada bahan pengawet. Adillaz Skin Therapy Collagen yang mengandungi 19 daripada 20 komposisi asid amino yang penting untuk badan kita. Jenis-jenis asid amino ini adalah seperti Alanin, Arginine, Asid aspartik, Asid glutamik, Glyine, Histidine, Isoleucine, Leucine, Lisin, Methionine, Phenylalanione, Proline, Serine, Threonine, Tryptophan, Tirosin, Hidroksilin, hydroxyproline, Valine.
Kolegen Adillaz Skin Therapy adalah bersumberkan Ikan dan Halal |
Apakah itu kolegen?
Kolegen adalah suatu struktur protein yang berfungsi sebagai bahan perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada struktur kolegen. Fungsi kolegen adalah untuk memberikan struktur kepada badan kita, bahkan juga penting dalam menyokong pembentukan tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang dalam badan. Alhamdulillah, kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan penggunaan kolegen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberikan kesegaran pada kulit.
Setiap Ruang Tubuh Kita Ada Timbunan Kolegen Dengan Nisbah Tertentu. |
Mengapa kolegen itu penting untuk kita?
Pentingnya kita perlu mengambil kolegen adalah kerana, pada ketika usia kita menginjal ke umur 25 tahun ke atas, Kandungan kolegen dalam tubuh akan menyusut secara semulajadi. Setiap tahun penyusutan akan berlaku sebanyak 1% sehinggalah usia kita mencapai 30-an, sekiranya kita mengabaikan pengambilan kolegen dari sumber luar yang mencukupi dan asli, wajah dan tubuh kita akan menunjukkan ciri-ciri penuaan yang jelas. Kulit akan menjadi kendur, berkedut serta kulit menjadi kering dan tidak bermaya. Maka dengan itu, pengambilan yang berterusan akan mampu mengurangkan ciri-ciri penuaan tersebut malah kolegen juga InsyaAllah, mampu untuk mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
Bolehkan orang berusia mengambil kolegen?
Ya, amat-amat digalakkan. Selain dari aspek kecantikan, kolegen juga InsyaAllah dapat membantu mengisi ruang-ruang di sendi-sendi kaki serta lutut. Maka dengan itu, mereka yang mengalami kesakitan dibahagian lutut akibat kurang 'pelincir' amat-amat digalakkan untuk mengambilnya. Selain itu, bagi mereka yang mengalami lutut berbunyi serta masalah kecederaan ligamen juga disarankan agar turut meminum kolegen ini.
Kenapa Hydrolyzed?
Ada perbezaan antara kolegen biasa dan kolegen hidrolisis atau Hydrolyzed Collagen. Kolagen biasa mempunyai struktur molekul yang lebih besar berbanding yang terhidrolisis. Maka dengan itu, bagi mereka yang memakan kolegen terhidrolisis, kadar penyerapan khasiat kolegen lebih tinggi dari kolegen biasa. Dengan itu, jika dimakan secara konsisten, impak dan kesannya terhadap kulit dan tubuh badan akan lebih nampak nyata dengan kadar segera.
HARGA PROMOSI HANYA RM150 SAHAJA
Subscribe to:
Posts (Atom)