Wednesday, 14 May 2014

Kreatifkan Cara Pengambilan Hydrolyzed Marine Collagen.


[KERTAS PUTIH & PEWARNA]

Sewaktu kita kecil dahulu, ketika di zaman awal persekolahan, terdapat matapelajaran yang dipanggil LUKISAN. Saya pasti anda pernah diberikan sehelai kertas lukisan yang bewarna putih. Ketika pertama kali menerimanya, ada yang tidak mengerti langsung tujuan kertas itu diberi. Namun setelah diberikan pensil warna, peraut, krayon dan bermacam-macam peralatan melukis, diri mula semakin mengerti tujuan dan erti  pemberian kertas lukisan tersebut kepada kita.

Saya yakin dan percaya, anda pasti kekok dan  seolah-olah seperti ketandusan idea dalam melakarkan sebuah lukisan yang diminta oleh sang guru yang mengajar. Namun, pabila jari-jemari telah memulakan langkahnya dalam mencorak dan mewarna, kepala anda sudah mula ligat mendapat ilham untuk meneruskan lagi lukisan tersebut sehingga akhirnya terjadilah sebuah lukisan yang amat indah di kaca mata anda ketika itu.

[KREATIF DALAM PEMAKANAN]
Apa yang diceritakan tadi berkenaan dengan perihal lukisan itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan apa yang saya hendak katakan mengenai Adillaz Pure Hydrolyzed Marine Collagen.  Asalnya putih, tidak bewarna, tidak berperisa, tidak juga dibubuh gula & 100% asli semata-mata.

Jika ditatap begitu sahaja, pasti ada di kalangan anda yang bertanya: 'Bagaimana hendak makan kolegen ini? Bagaimana ingin meminum kolegen tulen ini? Pasti ramai yang tertanya-tanya bukan? Mudah, bayangkan kolegen tulen ini seolah-olah sehelai kertas lukisan putih tadi, di mana anda bebas melakar dan mewarna mengikut gaya dan citarasa anda. Tiada halangan dalam berkarya asalkan nisbahnya itu betul dan bertepatan dengan keperluan yang dihajati.

Maka dengan itu, saya ada beberapa cadangan untuk anda supaya anda juga mampu mendapat cetusan idea yang lebih bagus daripada saya. Mungkin anda lebih kreatif dalam mempelbagaikan cara pemakanan kolegen tulen ini.

Di bawah ini adalah antara perkara yang boleh dikongsikan:-
 

Lihat pada foto di atas, ini adalah contoh saya berkarya dengan makanan harian saya. Kolegen tulen ini bukan sekadar boleh dicampur dalam minuman sejuk atau panas, namun saya juga mencampurkan dalam masakan kegemaran saya iaitu sup sayur (labu air). Sekarang ,Sup Labu Air saya mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi berbanding biasa. Rasa? Rasanya tiada terjejas langsung. Masih Sup Petola yang sama. Beginilah ceritanya. Pada asalnya dibuat minum, namun jika kita memberi peluang kepada diri sendiri untuk lebih kreatif, Insya-Allah anda mampu lakukan yang lebih lagi.

Oh! Hampir saya terlupa. Anda teringin nak buat "mask" sendiri. Mudah sahaja. Jika nak lebih halus mulus, boleh campurkan dengan sedikit yogurt atau tairu dan sapukan ke keseluruhan wajah serta biarkan selama 20 minit dan cuci bersih.

Anda ada apa-apa cadangan atau idea bagaimana hendak "bermain-main dengan warna"? Kalau anda rasa ia sangat berguna kepada anda, atau anda sudah mula menyukai kolegen tulen ini, atau anda rasa macam tak sabar untuk memilikinya?

Boleh hubungi :-

[TIPS TAMBAHAN]

Oleh kerana anda masih lagi mahu dan masih setia meneruskan pembacaan ini, maka saya dengan besar hati, menghadiahkan lagi tip-tip kepada anda bagaimana nak kreatif dalam pengambilan Adillaz Pure Hydrolyzed Marine Collagen ini:-

Untuk mengambil atau memakan Kolegen ini, anda boleh:-
  • Campurkan dengan kopi, minuman coklat panas atau apa-apa minuman panas yang anda suka.
  • Boleh juga dicampurkan dengan jus oren, rabina, atau apa-apa minuman sejuk.
  • Boleh juga dicampur dengan minuman kesihatan yang sedia ada sama ada dalam keadaan sejuk atau panas.
  • Boleh juga dicampurkan dalam masakan anda.
  • Boleh dicampur dalam produk kecantikan anda lebih-lebih lagi untuk rawatan rambut.
  • Boleh dibancuh dengan sedikit air suam untuk dijadikan topeng atau mask muka. 
Setelah anda baca keseluruhan apa yang dikongsikan ini, saya yakin dan percaya mungkin ada antara anda ingin cuba dan ingin memilikinya. Jika ye, tahniah saya ucapkan. Anda dialu-alukan agar menempah melalui nombor di bawah. Kepada yang tidak mahu memilikinya, Saya juga ingin ucapkan tahniah kerana walaupun anda tidak membeli namun anda sudi menghabiskan bacaan ini. Mudah-mudahan anda memdapat ilmu dari perkongsian ini. :)
HARGA (WM) RM150  (EM) RM170
ATAU
Email:di_alawi@yahoo.com


Jika anda ingin mengetahui lagi perkara-perkara lain mengenai kolegen ini, apa kata anda layari entri di bawah:-



 

5 comments:

  1. Replies
    1. Boleh emailkan pesanan anda di di_alawi@yahoo.com atau sms/call/whatsapp 0173582488. Terima kasih :)

      Delete
  2. Pengalaman saya makan ni, memang best. memula dulu cam tak bape nak yakin sbb tak pernah dengar brand ni but bila minum seperti disarankan. Ahamdulillah mmg rasa firm kulit ni. In Shaa Allah tunggu botol ni habis, nak beli lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih kerana memilih Adillaz Skin Therapy. Teruskan pemakanan ini ye :) :)

      Delete
  3. Memang besttt. Sy pakai juga vitamin C yg sis punye. Cuma hopefully pakagingnya akan di upgrade ye sis. Lagi kebabommm. hehe

    ReplyDelete

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...