Monday, 5 May 2014

Adillaz 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen



Adillaz Skin Therapy Hydrolyzed Collagen
Adillaz Skin Therapy Collagen di proses dengan cara diekstrak daripada sisik ikan yang kemudiannya dikering dan didedahkan di bawah keadaan bilik bersih dan pemeriksaan kawalan kualiti intensif. Dalam tempoh dan keadaan ini, kandungan asid amino tertentu yang berada dalam  kolegen akan dipertingkatkan bagi mewujudkan formula yang 100% kolegen tulen serta bebas daripada bahan pengawet. Adillaz Skin Therapy Collagen yang mengandungi 19  daripada 20 komposisi asid amino yang penting untuk badan kita. Jenis-jenis asid amino ini  adalah seperti Alanin, Arginine, Asid aspartik, Asid glutamik, Glyine, Histidine, Isoleucine, Leucine, Lisin, Methionine, Phenylalanione, Proline, Serine, Threonine, Tryptophan, Tirosin, Hidroksilin, hydroxyproline, Valine.
Kolegen Adillaz Skin Therapy adalah bersumberkan Ikan dan Halal

Apakah itu kolegen? 
Kolegen adalah suatu struktur protein yang berfungsi sebagai bahan perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada struktur kolegen. Fungsi kolegen adalah untuk memberikan struktur kepada badan kita, bahkan juga penting dalam menyokong pembentukan tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang dalam badan.  Alhamdulillah, kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan penggunaan kolegen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberikan kesegaran pada kulit.

Setiap Ruang Tubuh Kita Ada Timbunan Kolegen Dengan Nisbah Tertentu.


Mengapa kolegen itu penting untuk kita? 
Pentingnya kita perlu mengambil kolegen adalah kerana, pada ketika usia kita menginjal ke umur 25 tahun ke atas, Kandungan kolegen dalam tubuh akan menyusut secara semulajadi. Setiap tahun penyusutan akan berlaku sebanyak 1% sehinggalah usia kita mencapai 30-an, sekiranya kita mengabaikan pengambilan kolegen dari sumber luar yang mencukupi dan asli, wajah dan tubuh kita akan menunjukkan ciri-ciri penuaan yang jelas. Kulit akan menjadi kendur, berkedut serta kulit menjadi kering dan tidak bermaya.  Maka dengan itu, pengambilan yang berterusan akan mampu mengurangkan ciri-ciri penuaan tersebut malah kolegen juga InsyaAllah, mampu untuk mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.


Kepentingan Kolegen untuk Sendi dan Lutut.

Bolehkan orang berusia mengambil kolegen?
Ya, amat-amat digalakkan. Selain dari aspek kecantikan, kolegen juga InsyaAllah dapat membantu mengisi ruang-ruang di sendi-sendi kaki serta lutut. Maka dengan itu, mereka yang mengalami kesakitan dibahagian lutut akibat kurang 'pelincir' amat-amat digalakkan untuk mengambilnya. Selain itu, bagi mereka yang mengalami lutut berbunyi serta masalah kecederaan ligamen juga disarankan agar turut meminum kolegen ini.

Kenapa Hydrolyzed?
Ada perbezaan antara kolegen biasa dan kolegen hidrolisis atau Hydrolyzed  Collagen. Kolagen biasa mempunyai struktur molekul yang lebih besar berbanding yang terhidrolisis. Maka dengan itu, bagi mereka yang memakan kolegen terhidrolisis, kadar penyerapan khasiat kolegen lebih tinggi dari kolegen biasa. Dengan itu, jika dimakan secara konsisten, impak dan kesannya terhadap kulit dan tubuh badan akan lebih nampak nyata dengan kadar segera.


 

No comments:

Post a Comment

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...