Friday, 23 December 2011

Soft Laser Therapy




Kajian terbaru Dr. Azimuth menunjukkan bahawa kegunaan Soft Laser 890nm sangat mujarab, tiada kesan sampingan dan berkesan bagi mereka yang mengalami masalah kulit terutamanya jeragat, jerawat batu, kulit berparut dan kerosakan kulit yang disebabkan oleh produk berasaskan bahan kimia.  Kaedah ini akan memberi kesan yang optimum pada jangka masa panjang bagi memulihkan kembali kulit agar kelihatan bersih berseri dan tegang, InsyaAllah.  Asas saintifik rawatan kulit Soft Laser Dr. Azimuth adalah seperti berikut:-
  • Kesan Biostimulasi :   Pancaran laser akan menyebabkan stimulasi di peringkat selular yang akan meningkatkan kitaran darah   di  semua lapisan kulit.  ini akan meningkatkan dan menggalakkan penyerapan nutrien seperti Vitamin C dan krim-krim kecantikan Dr. Azimuth yang lain.  Dengan cara ini, kulit yang rosak akan dapat diperbaharui dengan tisu kulit baru yang lebih halus dan cantik.  Biostimulasi laser juga akan menyeimbangkan dan menstabilkan pengeluaran melanin. Dengan itu, jeragat yang terdapat pada permukaan kulit mahupun parut hitam dapat dikurangkan, InsyaAllah.
  • Anti-Edema:  Stimulasi laser Dr. Azimuth juga dapat mengawal tekanan osmotik di peringkat selular untuk mengurangkan kesan-kesan bengkak akibat air berlebihan pada kulit di peringkat selular.
  • Anti-Inflamasi:  Pancaran laser juga dapat meningkatkan fungsi sistem limfatik untuk mengurangkan radang kulit.
  • Anti-Kuman:  Pancaran laser juga dapat menyahkuman dan parasit yang terdapat pada epidermis kulit. Dengan itu, kulit akan bebas bernafas serta bebas dari kuman-kuman yang menyebabkan sebaran jerawat pada kulit wajah.
Maklumat Tambahan
Selepas terapi, wajib menggunakan krim CoQ10 Vitamin E dengan 1 camca air yang dilarutkan di tangan dan disapu pada seluruh wajah. Tindakan ini adalah untuk menggalakkan dan memberi kesan super hydration untuk kulit lebih tegang, cantik dan mengelakkan kekeringan kulit.




Bridal Make-Up/Make-Over

Using FCC or known as Farmasi Color Cosmetic. This cosmetic is origin from Instanbul, Turkey. This make-up product is also endorsed as HALAL Cosmetic.



BEFORE MAKE-OVER
AFTER MAKE-OVER
BEFORE MAKE-UP
AFTER MAKE-UP



Thursday, 22 December 2011

Majalah Al-Muslimah (November 2011)





Wednesday, 21 December 2011

Utusan Malaysia Online - Feminin


Utusan Malaysia Online - Feminin

Saturday, 17 December 2011

Nak Buat Macamana Untuk Nampak Cantik dan Lambat Tua?

     Kalau di tanya "Macamana?", sudah pastinya bermacam-macam cara untuk tampil cantik dan sentiasa muda. Selalu yang kita dengar bahawa kecantikan perlu bermula dari dalam seterusnya baharulah ia dapat dizahirkan di luar. Kenyataan ini amatlah benar dan tepat, ibarat  mahukan pokok yang sihat dan cantik, pastinya perlu penjagaan dalaman dan luaran. Penjagaan dalaman, semestinya memberikan pokok tersebut baja yang sesuai, dan air yang secukupnya bagi memastikan tumbesarannya tidak terbantut dan sihat, segar-bugar manakala penjagaan luaran pula, sudah pastinya pokok tersebut perlu didedahkan dengan cahaya matahari dengan seoptimumnya, dibela, dicantas dedaun kering yang rosak, dibersihkan dan bermacam-macam cara lagi bagi memastikan pohon tersebut cantik dan sihat.

   
     Maka, pertalian manusia dengan alam semulajadi tetap ada dan tidak jauh berbeza. Sebagaimana kita menjaga dan membela pokok, begitulah juga caranya perlu kita menjaga diri dan penampilan diri kita. Bezanya hanyalah material yang digunapakai.

     Untuk menjaga kecantikan diri, pertama sekali perlu jaga kesihatan dalaman badan terlebih dahulu. Kesihatan dalaman dapat dikecapi apabila seseorang itu menjaga corak pemakanan yang seimbang dan sihat. Amalkan pemakanan kaya dengan kandungan anti-oksidan dan rendah kalori.  Kurangkan pemakanan yang kurang sihat yang boleh mengundang banyak radikal bebas menjengah dan terus bertapa di dalam sistem dalam badan kita yang boleh mempercepatkan proses penuaan. Antara contoh-contoh makanan sihat adalah seperti nasi dari beras perang, oat, ikan, ulam-ulaman dan beberapa jenis makanan lagi yang telah diterangkan di laman Nak Makan Apa Untuk Awet Muda dan Sihat? Contoh makanan kurang sihat adalah seperti makanan segera, makanan dalam tin ataupun yang makanan terproses, makanan yang mengandungi banyak bahan pewarna tiruan dan perasa tiruan.  Seharusnya kategori-kategori makanan ini dielakkan sama sekali.

      Selain daripada faktor pemakanan, aspek dalaman lain yang perlu diberi perhatian adalah faktor emosi.  Emosi perlu dikawal dengan baik agar pengeluaran hormon-hormon yang menyebabkan penuaan dapat diminimumkan.  Dalam erti kata lain, emosi mestilah sentiasa dalam keadaan tidak tertekan dan sentiasa ceria dalam apa juga situasi. Secara tidak langsung emosi yang terkawal ini akan mengarahkan wajah agar sentiasa  dalam keadaan tersenyum dan perlakuan ini sememangnya akan membantu seseorang itu lambat nampak tua. Untuk tampak sentiasa muda, jangan dilupakan akan penerapan sikap rasional dan berfikiran positif bagi membentuk peribadi yang baik dan bersih kerana kebaikan daripada dalaman ini sememangkan akan terpancar ke wajah. Sama ada percaya atau tidak, ia adalah benar dan bukan sesekali gimik.

      Berkenaan dengan penjagaan kecantikan dari segi luaran pula, banyak sekali petua-petua yang patut diamalkan antaranya adalah bersenam atau melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan tubuh badan kita. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan, malah dapat memantapkan otot-otot tubuh agar sentiasa pejal dan tidak menggelebeh serta langsing malahan kulit kita juga dikatakan dapat 'bernafas' dengan baik hasil daripada aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh dan tenaga.  Selain itu, tentu sekali penjagaan wajah lebih dititik-beratkan, maka dengan itu terdapat urutan khas pada wajah yang dikenali sebagai Urutan Accu-Face-Lift. Urutan ini, kalau diamalkan 2-3 kali sehari bagi setiap hari, InsyaAllah anda akan nampak hasil yang amat menggembirakan dalam masa 2-3 bulan selepas diamalkan.  Urutan wajah ini menumpukan kepada titik-titik awet muda yang terdapat pada wajah di mana begitu ramai wanita mahupun kalangan lelaki tidak mengetahui tentang rahsia ini.

      Sekiranya anda mempunyai kemampuan yang lebih, elok sangatlah sekiranya anda melakukan terapi wajah yang khusus untuk awet muda seperti yang disarankan oleh pusat terapi kami iaitu Terapi Vitamin C Infusion, iaitu sejenis terapi yang dapat memasukkan segala khasiat yang terkandung dalam krim kecantikan atau Vitamin C ke dalam lapisan kulit dengan sangat efisien. Kolaborasi Vitamin C yang dimasukkan ke dalam lapisan kulit ini dengan jaringan kolagen yang sedia ada pada kulit wajah akan membantutkan proses penuaan. Jika anda amalkan semua ini, InsyaAllah, wajah anda akan kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar anda. Penerangan lanjut berkenaan dengan perkara ini, anda boleh klik: Vitamin C Infusion Therapy.



Saturday, 3 December 2011

Petua Untuk Pastikan Produk Kecantikan Bebas Hidrokuinon



Say No to Hydroquinone



Tuesday, 8 November 2011

Bioyouth (Sumber Kolagen dari Marin)

o


Sejarah Bioyouth
Formula lengkap untuk awet muda dan pemakanan kulit. Apakah kehebatan produk ini?
Bio Youth adalah daripada 'bio marine collagen complex' yang unik dan kaya dengan protein dan polysaccharides. Ia mengandungi amino complex, herba, centella asiatica dan enzim buah-buahan, vitamin dan nutrien-nutrien lain.

Formula Dr Azimuth adalah untuk membantu menyokong tisu dermal supportive kulit. Anda boleh melihat perubahan dalam masa 30 hari. Ujian klinikal Bio Youth menunjukkan ia dapat meningkatkan ketebalan dan struktur kulit. Bio Youth dapat mengurangkan kedutan dan penuaan kulit.
Kenapa Bioyouth?
Bio Youth adalah makanan tambahan untuk kulit yang dapat menyuburkan kulit dari dalam. Ia direka khas untuk kecantikan kulit.

Bahan-bahan:
Natural biomarine collagen / extract, acerola, centella asiatica extract, amino complex, pati buah-buahan, vitamin C, B-complex dan lain-lain nutrient semulajadi. (Tidak mengandungi bahan pewarna, gula, kanji, garam, yis dan perasa tiruan)

Kesan:
Bila kita semakin tua, pengeluaran kolagen kulit dan elastin semulajadi kita semakin berkurang. Ini akan menjadikan kulit berkedut, kurang anjal dan menjadi tidak bermaya, kering dan kasar.  Bio Youth memberikan pemakanan semulajadi kulit dari dalam.

Mencapai kesihatan optimum dan kulit cantik dengan Bio Youth:

Hari ini kita banyak didedahkan dengan persekitaran yang telah tercemar. Kita selalu menggunakan makanan yang telah diproses yang mana makanan tersebut telah kehilangan nutrient penting.

Bio Youth dapat membantu badan kita menyerap kolagen penting, nutrient dan vitamin supaya kita akan kelihatan lebih muda.
Kulit yang bertenaga dan berseri menjadikan anda kelihatan lebih muda berbanding umur anda.

Cara menggunakan:
1 sudu serbuk Bio Youth dibancuh dengan segelas air suam. Minum 2 kali sehari sebelum makan.  Kajian Biosaintis menunjukan bahawa gandingan kolagen dengan nutrien-nutrien lain dapat:

1. Membantu meningkatkan kesihatan kulit
2. Mengurang dan menghilangkan kedut dan garis halus di wajah
3. Awet muda secara fizikal dan mental

Propolis Ginseng Honey


VitalFood® Propolis Ginseng adalah produk yang berkualiti dengan campuran madu terpilih dengan propolis dan ginseng.

Semenjak zaman dahulu kala lagi manusia telah menggunakan madu, propolis dan ginseng kerana khasiatnya yang banyak. Propolis, madu dan ginseng memang telah diketahui umum dapat meningkatkan kecergasan dan sistem ketahanan badan.

Selain daripada itu, kebaikan Propolis Ginseng Honey selain meningkatkan sistem imun dalam badan kita dan bertindak sebagai antibiotik dalam badan kita, Propolis juga dapat mengatasi masalah-masalah seperti:

1. asma
2. resdung
3. sakit tekak
4. keguguran rambut
5. gusi berdarah
6. kesan terbakar atau melecet
7. arthritis
8. selsema dan demam
9. bisul
10. ulser mulut dan sebagainya



HARGA:
RM RM40.00  EM

Sunday, 2 October 2011

Madu Suami


Dihasilkan daripada campuran habbatus sauda' (jintan hitam), tongkat ali, butea superba, ginseng, dan halia yang terpilih dan bermutu tinggi.
Campuran herba-herba ini telah diketahui secara tradisi dapat meningkatkan tenaga dan kecergasan lelaki, meningkatkan hormon testosteron, meningkatkan ketegangan dan keinginan hubungan suami isteri, meningkatkan ketahanan dan memulihkan tenaga secara menyeluruh dan juga membantu mengurangkan masalah mati pucuk. InsyaAllah.

Cara Pengambilan:-
1 atau 2 sudu makan setiap hari sebelum makan dan disusuli dengan 1 gelas air.  Juga boleh dicampur dengan telur separuh masak atau dengan minuman Kopi Tenaga Dr. Azimuth.  Untuk lebih berkesan, ambil sekali waktu pagi dan sekali waktu malam.

HARGA:
RM 39.00  WM
RM 45.00  EM

Thursday, 29 September 2011

Madu Isteri



Dihasilkan daripada campuran madu, habbatus sauda'. kacip fatimah, pueraria mirifica, manjakani dan halia yang terpilih dan bermutu.  Herba-herba ini telah diketahui secara tradisi mempunyai khasiat dan baik untuk kecergasan dan tenaga.
Menurut kajian Biosaintis, Alhamdulillah, telah menunjukkan kebaikan Madu Isteri adalah seperti berikut:-
  • Memulihkan tenaga zahir dan batin wanita
  • Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
  • Meningkatkan keseimbangan hormon wanita
  • Menghilangkan keputihan
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Membantu memperlahan proses penuaan 
Selain itu, madu juga sebenarnya sangat baik untuk:-
  • Darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Melambatkan proses penuaan
  • Kecantikan kulit
  • Sakit sendi dan gangguan saraf
  • Gout
  • Asma
  • Resdung
  • Mengurangkan kolestrol
HARGA:
RM39.00  WM
RM45.00  EM

Friday, 23 September 2011

Susah Mohon Maaf Petanda Sombong


   Adatlah, kalau manusia namanya pasti melakukan kesilapan.  Tetapi kesilapan itu dapat dipadam apabila  seseorang itu memohon kemaafan terhadap insan yang telah disakiti. Permohonan kemaafan juga mestilah terbit dari hati yang suci dan ikhlas tanpa desakan dan paksaan disusuli pula dengan tindakan pembetulan yang sewajarnya agar kesilapan yang sama tidak berulang kembali.

    Sebenarnya bukannya susah dan tidak sukar untuk meluahkan kata-kata kemaafan kepada seseorang. Tetapi mengapa kata-kata itu sukar untuk diluahkan? Mengapa anda biarkan orang yang disakiti itu: "Paham-paham sendiri le..."atau selepas menyakiti seseorang, dengan selambanya anda boleh bersembang dengan insan itu seperti biasa umpama tidak ada apa-apa yang berlaku atau dengan rasa tidak bersalah mengatakan; "aku tak salah, buat pe nak mintak maaf?!"

   Sesungguhnya, hal-hal yang sedemikian rupa jelas menunjukkan anda punya penyakit hati. Nampak kecil, tapi tidakkah anda sedar bahawa api yang kecil ini bila besar menjadi lawan.  Walaubagaimanapun ia boleh menjadi kawan...Kawan kepada siapa? Kawan kepada sang IBLIS LAKNATULLAH yang sombong dan bongkak, yang merasakan diri hebat dan sempurna. Lantaran dengan sifat yang sedemikian rupa, bila berbuat salah kepada Allah, sedikit permohonan ampun langsung tidak dipohon kepada Rabb yang Maha Esa, yang Maha Pengampun...Sesungguhnya mereka dan keturunan mereka serta puak-puak mereka memang tergolong dalam golongan yang sombong dan tempat mereka tidak lain dan tidak bukan adalah di neraka Jahannam. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya..

   Tidak kira berbuat salah kepada sesiapapun di dunia ini, sama ada manusia sesama manusia, Allah mewajibkan seseorang itu memohon kemaafan darinya, berbuat dosa kepada Allah lebih-lebih lagi wajib seseorang itu untuk mohon keampunan dariNya.  Cuba anda fikirkan, sedangkan manusia inipun, yang anda boleh nampak dengan mata kasarpun susah, berat mulut, berat hati untuk  anda melahirkan rasa insaf, melafazkan kesilapan diri.....Inikan pula dengan Allah.....

  Perlu diingat! Kalau sesama manusia pun berat mulut dan merasa malu untuk merendahkan ketinggian diri untuk bermohon ampun dan maaf....apatah lagi dengan Allah yang kita tak nampak akan Dzatnya...lebih-lebih lagi kita ni sebenarnya menyombongkan diri.. Kalau kita benar-benar tidak sombong kepada Allah, dengan manusia juga kita tidak sombong, tidak angkuh, tidak berlagak malah tidak rasa segan dan malu untuk memohon kemaafan...

Dan perlu diingat lagi...kalau anda berbuat baik kepada Allah, pastilah dengan sesama manusia juga anda berbuat baik.. Jangan merasakan hubungan anda dengan Allah cukup hebat tetapi sesama manusia asyik suka berdebat, tak mengaku kesilapan diri dan tak pernah rasa diri bersalah....Fikir-fikirlah wahai kawan-kawan semua....

Thursday, 22 September 2011

IGgMaxx



   VitalFood IgGmaxx adalah produk premium yang mengandungi kolostrum dari lembu rumput New Zealand yang paling baik.  Kolostrum adalah sejenis makanan berkhasiat yang dapat meningkatkan kesihatan dan sistem ketahanan badan.  Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan nutrien-nutrien yang lain yang dapat mendorong kepada kesihatan yang baik.  Sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

   Terdapat banyak protein bioaktif yang dijumpai dalam kolostrum yang berperanan menggalakkan sistem imuniti dan menolong untuk meningkatkan kesihatan umum.  Di antara manfaat kolostrum termasuklan anti penuaan, meningkatkan mood dan tenaga, menyokong penyembuhan luka, sel dan tisu, pemangkin pertumbuhan semula rambut, membantu mengekalkan tulang sihat dan sebagainya. InsyaAllah.

HARGA:
RM 63.00  WM
RM 73.00  EM

Monday, 22 August 2011

Nak Makan Apa Untuk Awet Muda dan Sihat?


     Di dalam blog ini, saya telah banyak bincangkan tentang produk-produk keluaran Dr. Azimuth yang disarankan untuk penjagaan dalaman dan luaran bagi seseorang itu untuk kelihatan menawan sepanjang masa. Antaranya adalah seperti GamatMaxx, Bioyouth, Teh Misai Kucing, Minyak Kelapa Dara dan banyak lagi. Namun begitu, kali ini, saya ingin dedahkan lagi tentang pemakanan lain yang turut boleh diamalkan bagi menjaga kecantikan dalaman dan luaran.

   Hakikat yang kita tahu bahawa, setiap sifat yang hidup pasti melalui fasa kehidupan sebagai  seorang kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan akhirnya akan menemui Pencipta Yang Maha Esa. Sememangnya kita tidak ada kuasa untuk menghalang "tua" itu daripada singgah dan menginap pada segenap tubuh badan kita.  Namun begitu, Allah jualah yang telah mengilhamkan kepada para pengkaji atau saintis dengan menemukan mereka ini tentang ideolagi-ideologi bagi melambatkan penuaan namun perlu diingat bahawa sampai saat ini, tidak terdapat lagi sebarang ubat untuk menghentikan terus penuaan. Walaubagaimanapun, perlulah kita tahu bahawa usahlah kita terlalu ghairah mahu menikmati kemajuan dalam kecanggihan teknologi aestetik atau kecantikan tanpa memikirkan soal halal dan haramnya di sisi Tuhan.

     Alhamdulillah,  berdasarkan penemuan daripada kajian-kajian yang terperinci daripada Dr. Azimuth dan rakan-rakan seperjuangan, maka sebenarnya terlalu banyak makanan yang ada di sekeliling kita yang tinggi kandungan agen antioksida yang kadangkala kita tidak sangka-sangka. Contohnya ulam-ulaman dan juga herba-herba yang kita selalu gunakan dalam masakan. Namun begitu, jarang-jarang sekali kita menyedari ia sebenarnya mempunyai khasiat yang amat baik untuk kesihatan dalaman badan kita.  Antara ulam-ulaman awet muda adalah pegaga, bunga kantan, daun selom, ulam raja, daun selasih, daun kaduk, misai kucing dan banyak lagi.

     Selain daripada ulam-ulaman, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin juga penting sebagai sumber vitamin dan mineral kepada tubuh dan kulit. Maka, untuk tujuan kesihatan dan kecantikan, sumber-sumber makanan ini jangan sesekali diabaikan.

     Selain daripada keperluan zat galian mineral dan vitamin, kolagen juga adalah suatu unsur yang sangat penting dalam memastikan diri kita lambat dimamah usia.  Ramai yang tidak tahu di manakah sumber kolagen dapat diperolehi.  Berikut adalah beberapa contoh makanan yang mengandungi banyak kolagen atau dapat meningkatkan sintesis kolagen dalam tubuh:-
  • Strawberi
Kandungan vitamin C dalam strawberi mempunyai peranan penting untuk mengurangkan efek penuaan seperti kedutan dan kulit kering serta kasar.  Penelitian di American Journal of Clinical Nutrition pada 2007 mengungkap bahawa vitamin C sangat bermanfaat dalam menentang radikal bebas dan dapat merangsang pembentukan kolagen sehingga memberi efek menghaluskan kulit.  Strawberi juga mengandungi asid ellagic yang dapat memulihara serat elastin dalam kulit juga berfunsi untuk memelihara struktur kulit agar tetap utuh serta menjaga kekencangan dan keanjalan kulit. Selain itu, ia juga amat bermanfaat dalam menghalang dari enzim perosak yang menyebabkan penuaan cepat berlaku.
  • Bawang Putih
Bawang putih mengandungi kandungan sulfur atau belerang yang turut membantu dalam penghasilan kolagen.  Kandungan lainnya adalah seperti asid taurine dan lipoid yang mana ia bertanggungjawab untuk memperbaiki serat kolagen dalam struktur kulit.
  • Tomato
Tomato mengandungi likopen yang merupakan antioksida yang menghambat enzim kolagenase (sejenis enzim yang merosakkan ikatan peptida pada kolagen).
  • Ikan
Ikan selalunya mengandungi omega-3 terutamanya seperti ikan tuna, ikan salmon, ikan sardin dan ikan trout..  Kandungan ini penting untuk penjagaan kulit yang sihat dan bercahaya.  Kandungan Asid Lemak Omega-3 (Asid Ecosapentaenoik) juga berperanan dalam pembentukan kolagen.

  • Buah Manggis


(akan datang, saya akan update kan lagi....)

Diari Awet Muda dan Kekal Langsing



Sarapan pagi (7.00-8.00am)
  • Minum Colonkleen secara sejuk (adalah minuman fiber)
  • 1/2 jam kemudian minum 2 sudu besar Gamat Maxx. (untuk kesan yang lebih dramatik, makan dengan 1/4 sudu kecil Astaxanthin)
  • Minum 1 sudu kecil Bioyouth (Collagen) yang dibancuh suam.
  • Minum 1 sudu kecil Minyak Kelapa Dara.
  • Minum segelas air mineral atau Bio Aura Energy System Dr. Azimuth.
  • (Perkara-perkara yang disebut adalah untuk penjagaan kecantikan dan kesihatan)
Minum Pagi (10.00am)
  • Makan 1 hidangan buah-buahan atau seketul/sepotong kuih.
  • Minum 1 sudu Madu Isteri Power
  • Minum secawan Teh L'Sing.
  • (Perkara-perkara di atas adalah untuk penjagaan wanita & pelangsingan)
Tengahari (12.30-1.00pm)
  • Minum 2 sudu besar Gamat Maxx. (Jika berkesempatan)
  • Minum secawan air suam atau Bio Aura Energy System Dr. Azimuth.
  • Makan 3/4 cawan nasi (beras herba ponni).
  • Makan 1 jenis hidangan ikan/ayam.
  • Makan 1 jenis hidangan sayur yang direbus/sup/stew.
  • Minum secawan Teh L'Sing.
  • Minum secawan air suam atau Bio Aura Energy System Dr. Azimuth.
Petang (4.00-5.00pm)
  • 1 hidangan buah atau kuih
  • Minum susu IGgMaxx
Malam (7.00-8.00pm)
  • Minum LeanMaxx Dr. Azimuth
  • Makan 1 semangkuk sup sayur (petola atau lain-lain) atau tomyam putih.
  • Makan 1 hidangan buah seperti pear, epal merah, epal hijau atau kerabu pelam.
  • Minum air suam atau Bio Aura Energy System Dr. Azimuth.
Minum Malam (11.00pm)
  • Minum 3/4 gelas minuman yogurt rendah lemak.
*TIP*

Untuk memastikan tubuh badan kekal cantik dan langsing, anda perlu ingat keperluan kalori anda adalah antara 1200-1500 kcal (kalori) sahaja.  Oleh itu, anda perlu sentiasa prihatin terhadap kalori yang diambil bagi setiap makanan.  anda boleh lihat jumlah kalori tersebut pada label makanan yang anda beli.

Anda juga perlu bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama lebih kurang 20-30 minit sama ada berlari anak atau berjalan pantas atau berbasikal dan melakukan kerja-kerja lain yang memerlukan tenaga.

Sekiranya anda tidak sempat untuk melakukan aktiviti di atas, terdapat cara mudah untuk anda bersenam.  Sekurang-kurangnya terbakar jugalah kalori sebanyak 100kcal.

  • 20 minit mencuci kereta
  • 20 minit bersiar-siar
  • 10 minit lompat tali secara sederhana
  • 25 minit membeli barang dapur
  • 15 minit menari atau aerobik
  • 30 minit berjalan sambil bercakap di telefon
  • 15 minit berjalan pantas
Selamat Mencuba...:-)

Friday, 19 August 2011

Malay-Swedish Foot Spa



Malay-Swedish Foot Spa
Spa kaki yang menggabungkan teknik urutan melayu dan swedish yang benar-benar dapat memberikan keselesaan pada kaki yang letih dan tak bermaya. Proses Malay-Swedish Foot Spa ini mengambil masa lebih kurang satu jam dan melibatkan:-
  • Rendaman kaki dengan air garam bukit dan susu.
  • Proses Scrubbing.
  • Pembuangan sel-sel kulit mati/kering pada tapak kaki.
  • Urutan kaki.
  • Proses Mask kaki.
  • Sapuan pelembab pada kaki.
Harga:  RM45/sesi

    Thursday, 18 August 2011

    Permasalahan Rambut dan Cara Tanganinya

    Punca-punca Masalah Rambut Yang Biasa
    • Keturunan
    • Umur meningkat
    • Ketidakstabilan dan kekurangan hormon
    • Kekurangan mineral
    • kekurangan vitamin
    • Penyakit
    • Ibu mengandung dan menyusukan anak
    • Penyakit kulit
    • Penyakit rambut
    • Rambut putus
    Masalah keguguran yang serius
    Masalah-Masalah Lain Penyebab Keguguran Rambut
      • Peluh
      • Udara
      • Asap kereta dan sisa-sisa industri
      • Biocides dan baja
      • Gas klorin dan mandian air panas
      • Mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut
      • Asap rokok
      • Kipas siling
      • Menggosok kulit kepada denganpotongan buah lemon
      • Minyak dan krim rambut
      • Sikat
      • Membasahkan rambut sebelum menyikat
      • Joging, berjalan dan bersenam di kawasan sibuk dengan kenderaan
      • Penggunaan helmet yang kotor
      • Bantal dan sarung bantal
      • Kedudukan tidur
      • Tuala mandi
      • Kerusi, sofa dan kerusi dalam kereta
      • Karpet
      • Makanan bergaram dan air laut
      • Rawatan kosmetik
      • Syampu dan perapi rambut
      Liang folikel rambut sihat sepatutnya mengandungi 3 helai rambut
      Rawatan Rambut Dr. Azimuth Secara Herba dan Pemakanan Sihat Dr. Azimuth
      1. Selalunya pelanggan akan dianalisis dahulu tahap permasalahan yang dialami.
      2. Saranan terhadap pelanggan adalah untuk menjalankan Terapi Bio-Elektrik /Terapi Medan Elektrik. Kemudian pelanggan akan menjalani Terapi Bioherbal untuk rambut dan diakhiri dengan Terapi Laser.
      3. Dinasihatkan agar mereka yang bermasalah agar tidak menggunakan sabun dan syampu komersial yang berasaskan kimia kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
      4. Setiap pagi sebelum sarapan, digalakkan ambil 1 sudu Bioyouth yang dibancuh dengan 1/2 gelas air suam dan minum terus. 
      5. Juga digalakkan mengambil Gamat Maxx sebanyak 2 sudu serta 1 sudu kecil Minyak Kelapa Dara dan diakhiri dengan meminum segelas air suam.
      6. Selepas pemakanan di atas, boleh ambil sarapan seperti biasa.
      7. Digalakkan mengambil makanan tambahan untuk membantu pertumbuhan rambut. Contoh: Crowning Glory Vita Health Product yang ada dijual di farmasi.
      8. Digalakkkan melakukan terapi rambut di pusat terapi Dr. Azimuth sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
      9. Untuk penjagaan dirumah, anda boleh amalkan pemakaian Minyak Kelapa Dara setiap hari. Jika terdapat banyak kelemumur, anda boleh campurkan Minyak Kelapa Dara dengan Brylcream anti dandruff ialah 50:50.

      Friday, 12 August 2011

      Astaxanthin-Molekul Ajaib Awet Muda

      Buku ASTAXANTHIN

      APA ITU ASTAXANTHIN ?
      Astaxanthin dihasilkan dari microalga Haematococcus Pluvialis. Astaxanthin 550 kali Iebih baik berbanding vitamin E untuk menghapuskan radikal bebas dalam sel-sel. Astaxanthin juga dapat mengelakkan kerosakan DNA, melambatkan kesan penuaan, anti kanser, anti diabetik dan banyak lagi kebaikan-kebaikan yang sedang dikaji oleh bio-saintis seluruh dunia.

      KEBAIKAN ASTAXANTHIN
      Karotenoid ialah salah satu pigmen yang dihasilkan oleh keadaan semulajadi dunia. Ia adalah pigmen lipid-larut yang dihasilkan daripada warna kuning, oren dan merah seperti warna oren lobak merah, warna merah tomato dan jagung yang berwarna kuning. Kebanyakan karetenoid terkumpul di dalam daun tumbuhan, plankton dan alga.
      Setakat ni terdapat lebih kurang 650 jenis karotenoid semulajadi yang telah dikenalpasti. Ia boleh dibahagikan secara umumnya kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan karotenoid dan kumpulan xanthophylls. Beta karoten adalah 'wakil' kumpulan karoten yang memberi faedah kepada kesihatan.

      Pada tahun 1930, beta-karoten dikenalpasti berupaya bertindak sebagai provitamin A (proses menukar sebahagian beta-karoten kepada vitamin A di dalam badan manusia). Beta-karoten telah disahkan sebagai anti oksida yang terbaik pada tahun 1980.
      Dalam karotenoid jenis xanthophylls pula, astaxanthin adalah yang paling baik dan berkesan. Sumber terbaik astaxanthin adalah daripada microalga Haematococcus Pluvialis.
      Menyedari kehebatannya, formula Dr. Azimuth menggunakan astaxanthin dari sumber ini. Ianya halal, bersih dan diproses secara saintifik, di bawah jenama Dr. Azimuth "Astaxa Bioessence".



      Astaxanthin yang Luar Biasa

      • Astaxanthin berkesan menentang radikat bebas oksigen singlet dan lipoperaoxide dalam sel badan manusia.
      • Astaxanthin kini diketahui mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menghalang tindakbalas radikal bebas oksidasi oksigen singlet yang amat bertoksid kepada sel manusia. Penggunaan astaxanthin boleh menghalang penghasilan lipoperaoxide yang boleh memudaratkan tisu badan.
      • Astaxanthin mempunyai kesan anti oksida yang paling hebat jika dibandingkan dengan vitamin E atau kumpulan beta karoten yang lain.
      • Astaxanthin menunjukkan kesan aktiviti anti oksida yang amat tinggi iaitu mencapai 1000 kali lebih tinggi daripada Vitamin E (a-tocopherol) dalam menentang tindakbalas lipid peroxidation (pengeluaran lipoperoxide) di sel mitochondria hati yang disebabkan oleh iron bivalen.
      • Astaxanthin juga didapati mempunyai kekuatan lebih 100 kali ganda daripada Vitamin E dan sepuluh kali ganda lebih daripada beta-karoten dalam menentang oksidasi oksigen singlet radikal bebas.
      • Oleh yang demikian bolehlah dibuat kesimpulan bahawa astaxanthin adalah anti oksida yang kuat.
      FAEDAH ASTAXANTHIN :
      Apabila astaxanthin dimakan, kita akan memperoleh kesan tindakan vitamin A serentak dengan kesan anti oksida seperti :-

      • Untuk fungsi mata.
      • Memperkuat membran mucus, berkesan menghalang penyakit berjangkit
      • Menghalang kulit kering, kedut dan kendur dan anti penuaan (anti ageing)
      • Memastikan pertumbuhan gigi yang sempurna dan mengekalkan fungsi reproduktif dan lain-lain
      Walaupun aktiviti provitamin A yang terdapat pada astaxanthin kurang jika dibandingkan dengan Vitamin A atau beta-karoten, faedah yang terdapat di dalam vitamin A tetap diperolehi dengan selamat tanpa perlu risau kesan negatif disebabkan pengambilan vitamin A yang berlebihan seperti pening kepala, masalah hati, masalah kulit dan sebagainya.

      Menghalang Kanser dan Metastasis Dengan Berkesan
      Astaxanthin jauh lebih berkesan daripada beta-karoten dalam menghalang kanser dan metastasis.

      Penginjesan astaxanthin amat berguna dalam menentang kanser. Kajian yang dijalankan oleh Yishifumi Tomita, pembantu professor di Fakulti Pertanian di Universiti Miyazaki telah mengesahkan perkara ini. Kajian ini mendapati keupayaan astaxanthin menyekat perkembangan sel kanser lebih baik daripada beta karoten.

      Menghalang Metastasis barah yang disebabkan tekanan (stress)
      Kebelakangan ini, tekanan (stress) telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada faktor risiko kanser. Hal ini disebabkan tekanan menghasilkan jumlah oksigen aktif yang tinggi di dalam tubuh badan. Ia juga menggalakkan penghasilan, pembiakkan dan metastasis kanser. Kajian mendapati astaxanthin berupaya mengawal proses ini.

      Astaxanthin menentang beberapa jenis kanser dengan berkesan
      Selain daripada penemuan yang telah dinyatakan di atas, penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Hoyoku Nishino dari Universiti Perubatan Prefectural mengesahkan bahawa astaxanthin juga berkesan dalam menentang penularan kanser paru-paru, kulit dan neuroblastoma.

      Kajian ini juga mendapati risiko kanser kolon juga dapat dikurangkan sehingga separuh dengan pengambilan astaxanthin selama lapan bulan secara berterusan. Selain daripada itu astaxanthin juga didapati berkesan menentang kanser jenis lain seperti kanser mulut, hati dan payu dara.

      Menentang Penyakit Diabetes
      Kesan penyakit diabetes amat menakutkan. Apabila insulin iaitu sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas tidak lagi berupaya menjalankan tugasnya dengan berkesan, tubuh badan manusia tidak akan mampu menggunakan sepenuhnya gula yang diambil melalui pemakanan. Hal ini akan menyebabkan kandungan gula berkumpul di dalam darah dan akhirnya menyebabkan diabetes. Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah meningkat dengan kroniknya dan kemudian gula mula dikeluarkan daripada tubuh melalui air kencing iaitu kencing manis.

      Astaxanthin dapat mengawal diabetis dengan berkesan seperti:
      Kandungan gula dalam darah telah dapat dikawal dan diseimbangkan ke paras normalAktiviti enzim anti oksida dapat mengurangkan tekanan terhadap hati
      c) Kuantiti lipopreroxide dapat dikurangkan (proses lipoperoxide berkurang)
      d) Pengurangan kolesterol dan triglyserid di dalam darah (kurang merosakkan peredaran darah)e) Katarak mata disebabkan kencing manis dapat dihalang dengan ketara.

      Astaxanthin yang digabungkan dengan terapi diet mungkin berupaya menentang perkembangan diabetes dengan lebih berkesan.

      FAEDAH ASTAXANTHIN
      Astaxanthin Menjadikan Kulit Cantik Tanpa Kedut dan Tompok Hitam
      Radikal bebas oksigen aktif boleh mendatangkan mudarat kepada kulit. Pendedahan kepada cahaya matahari yang keterlaluan menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok hitam. Ini disebabkan cahaya ultra ungu yang terdapat di dalam cahaya matahari menghasilkan jumlah radikal bebas yang banyak pada kulit dan boleh menyebabkan keradangan, kerosakan pada protein yang menyokong kepejalan kulit dan mempercepatkan pengeluaran pigmen melanin yang menyebabkan kulit menjadi bertompok hitam.

      Peningkatan umur juga adalah faktor utama menyebabkan kulit berkedut dan bertompok-tompok. Adalah dipercayai bahawa astaxanthin yang dimakan setiap hari akan membolehkan tubuh badan menyingkirkan radikal bebas (oksigen singlet) yang dihasilkan oleh cahaya ultra ungu. Selain daripada itu aktiviti provitamin A astaxanthin juga dipercayai dapat melawan kedutan dan kulit mengendur dengan berkesan. Kesan kulit yang cantik ini juga boleh diperolehi jika astaxanthin disapukan pada bahagian luar kulit. Pengumpulan pigmen yang boleh menyebabkan tompokan hitam pada muka telah terhalang apabila kulit disapukan dengan astaxanthin.

      Dr. Azimuth dengan kerjasama Biosaintis Jepun telah merumus formulasi produk-produk kesihatan dan kecantikan yang mengandungi astaxanthin. Ini termasuklah produk untuk kosmetik, penjagaan kesihatan dan lain-lain. Perlindungan daripada cahaya matahari yang optimum dapat dicapai apabila produk pelindung matahari yang disapukan pada bahagian kulit digabungkan dengan pengambilan astaxanthin. Astaxa Bioessence Dr. Azimuth dihasilkan dari microalga Haematococcus Pluvialis di Hawaii. Ia menggunakan sistem bioreactor tertutup. Sistem ini berkesan merangsang keadaan yang optimum untuk penghasilan astaxanthin yang halal, berkualiti tinggi dan meminimumkan risiko daripada dicemari.

      Rupa Sebenar Astaxanthin

      Potensi dan kelebihan Astaxanthin:
      • 550 kali lebih baik berbanding Vitamin E
      • 40 kali Iebih baik daripada Beta-Karoten
      • 17 kali Iebih baik daripada ekstrak biji anggur
      • Mempunyai aktiviti antiperoxidative membran yang kuat Mengelakkan kerosakan DNA
      • Mengurangkan kesan penuaan. Menghindar dari penyakit kronik seperfi kanser, diabetes, sakit jantung dan lain-lain
      Dr. Azimuth telah menambah nilai astaxanthin dengan produk-produk jenama Astaxa Bioessence seperti makanan nutritif, kosmetik, minuman tenaga dan banyak lagi produk-produk berasaskan Astaxa Bioessence. Cubalah produk-produk Dr. Azimuth yang berasaskan kajian saintifik dan lnsya-AIlah anda pasti berpuas hati..

      HELLO SEPTEMBER!!

      HELLO SEPTEMBER!!
      SEPTEMBER OFFER!!
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...