Wednesday, 27 July 2011

Colonkleen (Fiber)

ColonKleen mengandungi serat dan zat yang amat penting kepada sistem penghadaman. Seperti yang telah diketahui umum, serat dan zat berupaya untuk membuang toksin dan logam berat daripada tubuh badan. Selain daripada itu, produk ini juga mengandungi campuran enzim buah-buahan, phyto nutrien daripada lebih 30 jenis sayur-sayuran dan pati buah-buahan. Kombinasi ini menjadikan ia produk yan tiada bandingan. 
Komposisi : Serat organik larut dan tidak larut, Barli, Aloe vera, Alfafa, Basil gandum, L-Asidofilis, L-Bulgaricus, S-Thermophilus, B-Bifidum, Spirulina, Enzim Nenas, Enzim Betik, Bran Oat, Bran gandum, Ekstrak serbuk sayur-sayuran dan fruktosa.

Produk ini tidak mengandungi pengawet, gula, kanji, yis, perasa dan pewarna tiruan.


Harga:
RM63.00 (WM)
RM73.00 (EM)

Dark Eye Circle Cream

Mengandungi sinergi peptide dan bioflavonoid untuk menghapuskan pigmen yang menyebabkan bahagian sekitar mata bewarna gelap.  Untuk kesan yang lebih baik, anda digalakkan  mengambil pemakanan sihat bagi membuang toksin yang turut menyumbang kepada permasalahan lingkaran gelap bawah mata seperti Colonkleen (Fiber) dan melakukan Hydro Therapy/Bubble Bath.
Harga:
RM 68.00 (WM)
RM 78.00 (EM)

Thursday, 21 July 2011

Whitening Cream

Krim tidak berminyak ini yang bukan sahaja mencerahkan kulit, tetapi juga melembab, memejal dan menghidratkannya.  Diperkuat dengan ekstrak Haematococcus Pluvialis untuk kesihatan kulit.

Harga:
RM 53.00 (WM)
RM 61.00 (EM)

Anti Wrinkle Cream

Diperbuat daripada kombinasi peptide dan antioksida serta diperkaya dengan ekstrak Haemotococcus Pluvialis, InsyaAllah, dapat mengurangkan kedutan di wajah serta mengelakkan wajah daripada kesan radikal bebas yang menyebabkan kedutan di wajah dan kesan penuaan.

Harga:
RM 64 (WM)
RM 74 (EM)

Tuesday, 19 July 2011

Renewing Moisturiser

Krim pelembab yang menjadikan kulit berasa lembut dan berseri sepanjang hari.  Ia diperkaya dengan ekstrak Haemotococcus Pluvialis bagi melindungi kulit.

Harga:
RM 55.00 (WM)
RM 63.00 (EM)

Exfoliating Cleansing Gel

Diperkaya dengan asid buah-buahan asli serta diperkuat dengan ekstrak Haemotococcus Pluvialis untuk menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan liang roma menjadikan kulit bersih dan segar.

Harga:
RM 45.00 (WM)
RM 52.00 (EM)

Monday, 18 July 2011

Anti-Aging Cream

Pendedahan pada cahaya matahari dan pencemaran yang keterlaluan akan menyebabkan muka berkedut sebelum waktunya.  Dihasilkan daripada ekstrak herba semulajadi, vitamin, antioksida, dan diperkuat dengan ekstrak Haemotococcus Pluvialis, ia membantu menyuburkan dan melembabkan kulit serta melindunginya daripada kesan radikal bebas.

Harga:
RM 73 (WM)
RM 80 (EM)

Rejuvenating Toner

Larutan yang mengandungi ekstrak asid buah-buahan asli, ekstrak manjakani dan ektrak Haematococcus Pluvialis.  Berfungsi menutup liang roma dengan lembut dan tidak mengeringkan kulit.  Sesuai untuk semua jenis kulit.

Harga:
RM 39 (WM)
RM 45 (EM)

Water Based Sunblock SPF 30

Untuk menghalang daripada cahaya matahari dan kesan UVA & UVB. Mengelakkan radikal bebas yang merosakkan kulit, menyebabkan kulit berkedut dan bertompok.  Diformulasikan dengan kombinasi perlindungan ultra ungu SPF 30 dan diperkukuhkan dengan Haemotococcus Pluvialis (Astaxanthin) yang kaya dengan Anti Oksida.

Sun Block ini juga tidak berminyak dan tidak melekit. apabila dipakai. Maka produk ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.

Harga:
RM .00 (WM)
RM .00 (EM)

Bamboo Microdermabrasion Scrub

Diformulasikan dengan kombinasi manik halus dari pohon buluh yang berfungsi untuk membuang sel kulit mati secara lembut dan mendalam tanpa menyebabkan kecederaan pada kulit malah kulit akan lebih halus, licin dan berseri-seri ditambah pula dengan ekstrak buah-buahan seperti billbery, sugar maple, oren dan haematococcus pluvialis yang diketahui amat baik untuk merawat kulit.

Harga :
RM 67.00 (WM)
RM 74.00 (EM)

Terapi RF for Face

Merupakan suatu teknologi dari Korea yang sangat menarik.  Radio Frekuensi (RF) dikatakan boleh berfungsi untuk menegangkan muka tanpa pembedahan.  Teknologi ini menggunakan tenaga bunyi yang tinggi tanpa menyakitkan.  Apabila tenaga seumpama ini dipancarkan, maka kulit menjadi tegang akibat stimulasi pada kulit yang meningkatkan jumlah kolagen, serta peningkatan keanjalan pada otot muka.  Apabila RF dipancarkan, maka otot-otot pada muka turut menjadi kukuh dan baik dan ini memberi bentuk muka yang lebih menarik. Selain muka menjadi tegang, InsyaAllah masalah pori-pori terbuka atau open pores juga turut dapat dikurangkan.

Nama: Pn Rozie
Sesi: 6 kali
Durasi: 3 minggu (2 kali seminggu)
Kesan: Selepas 3 minggu rawatan RF ini, pipi kanan Pn Rozie lebih anjal dan dapat dilihat menerusi gambar selepas rawatan. Bentuk wajah juga nampak lebih runcing berbanding sebelum rawatan. Perbezaan ketara dapat dilihat di rahang kanan Pn Rozie dan pipi. TAHNIAH!!









Terapi - Bio-Resonance Whitening Facial (BRWF)

Terapi ini merupakan terapi untuk wajah yang baru sahaja ditemui oleh Dr. Azimuth.  Menurut kajian Dr. Azimuth, terapi ini InsyaAllah, dapat mengatasi masalah kulit muka yang selalu dihadapi oleh golongan pertengahan umur iaitu kesan kedut, tona kulit tak sekata, liang roma terbuka dan otot kendur. Dr. Azimuth telah menggabungkan kaedah moden dan tradisional untuk terapi ini bagi menghasilkan impak yang sangat memberangsangkan. Dalam satu sesi BRWF ini, terkandung 9 terapi yang amat bermanfaat untuk kulit yang sihat dan cantik iaitu:-

  • Deep Cleansing Therapy
  • Bamboo Microdermabrasion Therapy
  • Phyto Nutrient Glowing Enzyme Mask
  • Far Infra Red (FIR) Collagen Stimulation
  • CoQ10 Regeneration Therapy
  • QBRE (Quantum Bio Resonance Energy) Therapy
  • 3 Dimensional Microbeau Facial Massage for Skin Tightening
  • Eye Bag Therapy
  • Facial Accupressure/Lifting & Wrinkle Therapy.


Kesan ketara yang dapat dilihat pada kulit yang bermasalah adalah seperti berikut;-

  • Kulit yang lebih cerah dan bersih.
  • Kulit yang lebih tegang dan anjal.
  • Tona kulit yang lebih sekata.
  • Mengurangkan kedut dan lebam bawah mata.
  • Liang roma yang lebih halus.
  • Kulit kelihatan lebih sihat dan bercahaya.

Sunday, 17 July 2011

Vitamin C Infusion Therapy


  
Alat Terapi  danVitamin C yang digunakan ketika terapi.
Kajian biosaintis menunjukkan Vitamin C boleh merangsang pembaharuan kulit dan meningkatkan metabolisme dan penyerapan kolagen.  Cara biasa menggunakan produk berasaskan Vitamin C di kulit tidak mujarab kerana Vitamin C tidak dapat diserap oleh kulit.  Cara yang berkesan adalah dengan menggunakan kaedah Vitamin C Infusion dengan iaitu dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil sebagai Micro Beau yang tidak sesekali melibatkan kaedah suntikan. Alat ini berfungsi diperingkat selular untuk merawat kulit seperti berikut:-

  • Dengan penyerapan Vitamin C menerusi kaedah osmosis dan kaedah rangsangan caj ion +ve dan -ve, Vitamin C akan diserap ke dalam kulit. Nutrien-nutrien seperti Co Q 10 dan juga kolagen akan dirangsang secara cepat.
  • Kulit akan menjadi tegang dan kedut-kedut halus akan hilang serta-merta.
  • Kulit yang kusam dan berjeragat akan dipudarkan di peringkat selular secara semulajadi tanpa bahan kimia (kebanyakan produk pemutihan menggunakan bahan kimia berbahaya yang merosakkan kulit pada jangka masa panjang dan boleh menyebabkan kanser).
  • Kaedah Vitamin C telah terbukti sangat baik untuk kulit dan anda tidak perlu untuk menjalani pembedahan plastik atau suntikan botox untuk sentiasa awet muda.  Vitamin C yang dititiskan akan masuk jauh ke dalam struktur kulit dan dapat menjauhkan dari serangan kuman.  Menurut kajian, vitamin C juga sangat bagus untuk merawat jerawat, open pores, kulit berminyak, kulit kusam, warna kulit tidak sekata, kulit berjeragat, kulit sensitif dan kulit yang sudah rosak.
Sebenarnya kaedah yang digunakan ini melibatkan beberapa terapi yang berjalan secara serentak ketika sesi rawatan dijalankan. Antaranya adalah seperti Terapi Iontophoresis (merupakan teknologi yang di bawa dari Korea). Iontophoresis bermaksud, cara kita memasukkan vitamin ke dalam sel-sel kulit melalui aliran elektrik bervoltan rendah.  Alat terapi yang digunakan ini membuka pori-pori dan membolehkan vitamin masuk ke dalam kulit dengan cepat dan mendalam.  Selain  itu, anda juga akan mendapat manfaat daripada Terapi Warna yang turut ada semasa proses kemasukan Vitamin C ini dijalankan. Bagi Terapi Warna, cahaya yang bewarna biru dipancarkan ke lapisan kulit.  Cahaya biru (450~500nm) berfungsi untuk merehatkan kulit dan menggalakkan penetrasi vitamin C ke dalam lapisan kulit manakala bagi Terapi Magnetik pula, ia sangat efektif bagi menggalakkan pengaliran darah yang baik, juga memberikan efek thermotherapy, serta menggalakkan kondisi kulit yang lebih baik. 


Click jika anda ingin tahu:-

Terapi Alternatif Untuk Masalah Open Pores

Antara terapi-terapi yang digalakkan untuk anda lakukan di sini adalah seperti:-

Penjagaan Luaran

Penjagaan luaran memerlukan kita menjaga kesihatan kulit secara teratur dan betul. Regim penjagaan mestilah dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang diingini. Antara tip-tip yang boleh dilakukan di rumah adalah seperti di bawah:-

Deep Cleansing
Selalu bersihkan kulit muka dengan Make-Up Remover bagi membersihkan make-up jika anda bersolek. Kemudian cuci muka tanpa perlu menggosokkan dengan kasar. Elakkan dari memakai pencuci muka yang mengandungi SLS (Sodium Laurel Sulfat). Boleh cuba Cleanser Complete atau Sensitive Skin Cleanser.

Exfoliation
Bagi masalah open pores, gunakan scrub atau exfoliant jenis butiran halus (Dr. Azimuth Bamboo Microdermabrasion Scrub merupakan scrub yang halus hasil dari teknologi nano). Jangan sesekali gunakan scrub jenis bijian yang dipecahkan secara kasar dan butiran berbentuk tak sekata kerana perlakuan menggosokkan muka dengan scrub jenis ini boleh menyebabkan kecederaan pada kulit dan memudaratkan lagi masalah kulit yang ada. Keperluan untuk melakukan langkah ini adalah disarankan 1 atau 2 kali seminggu sahaja. Jangan lakukan secara berlebihan kerana tindakan ini juga menyebabkan ruang pori-pori akan lebih terbuka.

Toning
Jangan sesekali meninggalkan langkah ini. Pemilihan toner/penyegar yang betul juga adalah penting. Jangan memilih toner yang terlalu banyak kandungan alkohol (kandungan yang terlalu tinggi boleh mengeringkan kulit) ataupun hidrokuinon. Senang sahaja untuk tentukan kandungan ini ada dalam penyegar anda. Jika anda terasa sensasi yang terlalu sejuk apabila disapukan di wajah, itu berkemungkinan penyegar anda mengandungi kandungan alkohol yang tinggi. Selain itu, jika anda letakkan sedikit cecair penyegar ini di permukaan kapas, kemudian biarkan untuk 2-3 minit, jika warna pada kapas itu menjadi warna lebam, itu berkemungkinan besar mengandungi hidrokuinon atau bahan yang seumpama dengannya. Dengan itu, anda boleh cuba atau test di rumah nanti. Dr. Azimuth Rejuvenating Toner adalah penyegar yang berformulasikan dari ekstrak buah-buahan asli, ekstrak manjakani, Haematococcus Pluvialis (Astaxa Bioessence) dll.

Moisturizing/Serum
Untuk wajah yang open pores, adalah digalakkan memakai produk pelembab yang mengandungi bahan-bahan yang boleh bertindak untuk menegangkan kembali kulit, membantu penghasilan kolagen dan elastin pada kulit, dan berfungsi menghalang dari radikal bebas dan pengoksidaan.  Kandungan Vitamin C (dalam bentuk L-Ascorbyl Acid, Magnesium Ascorbyl Phosphate, Ascorbyl Tetraisopalmitate) juga adalah salah satu kandugan yang sangat baik untuk permasalahan ini.  Selain itu, krim rawatan yang mengandungi Vitamin A, E dan juga ekstrak Astaxanthin sangat bagus untuk masalah open pores. Saranan untuk produk Dr. Azimuth adalah seperti Co Enzyme Q10 Cream atau Anti Aging Cream atau kedua-duanya sebagai krim pelembap adalah sangat bagus selain melakukan Facial Vitamin C Infusion Therapy pada setiap 2-3 minggu sekali.

Sun Protection
Pilih dari jenis yang ringan dan yang berasaskan air dan mempunyai sekurang-kurangnya SPF 30. Gunakanlah Water Based Sun Block SPF30 daripada Dr. Azimuth Formula. Sebaik-baiknya pakailah seawal pukul 10 pagi hinggalah 5 petang. Anda perlu ingat, setiap kali anda berpeluh dan terkena air, pemakaian sun block anda sudah tiada.



Friday, 15 July 2011

Penjagaan Dalaman

     Penting bagi semua orang yang memelihara kecantikan luaran bermula dengan kesihatan dalaman terlebih dahulu. Memang disarankan agar kita menjaga pemakanan. Pemakanan yang sihat adalah amat digalakkan terutama mengambil diet seimbang yang terkandung semua nutrien yang diperlukan dalam kadar yang betul.  Pengambilan sayur dan buah-buahan amatlah dititik-beratkan. Jumlah pengambilan diet ini mestilah banyak berbanding lemak dan kadar pengambilan karborhidrat pula mestilah seimbang dengan kadar aktiviti harian kita.

     Pengambilan lemak dan minyak mestilah dikurangkan kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan punca obesiti malah boleh menjejaskan penampilan di wajah kita. Kandungan minyak yang banyak dalam badan akan mempengaruhi pengeluarannya di permukaan kulit kita. Oleh itu, disarankankan agar kita banyak mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan juga vitamin-vitamin tambahan seperti Vitamin A, C dan E serta digalakkan mengambil kolagen.

      Secara semulajadinya, kolagen terdapat banyak pada sendi-sendi seperti di sendi kaki lembu, di kaki ayam termasuklah pada sendinya dan juga terkandung banyak di bahagian tulang lembut (bewarna putih) yang terdapat pada tulang belakang ayam.

     Sekiranya anda tak mampu untuk mendapatkannya, dari Adillaz Skin Therapy yang menawarkan anda pelbagai produk kesihatan yang mempunyai fungsi yang sama dengan harga yang amat berpatutan. Untuk permasalahan ini, anda boleh cuba Pure Hydrolyzed Marine Collagen, Sugar Blocker Mulberry Tea dan Carbo Replacer Whole Grains.

Tuesday, 5 July 2011

Permasalahan Kulit dan Cara Tanganinya

  1. Kulit Open Pores
  2. Kulit Berminyak dan Berjerawat (under construction)
  3. Kulit Kering/Berkedut (under construction)
  4. Kulit Berjeragat (under construction)
  5. Kulit Kemerah-merahan (Radang Kulit)(under construction)
  6. Kulit Berparut (under construction)
  7. Kulit Kusam dan Hitam (under construction)

Monday, 4 July 2011

Open Pores Skin

Pengenalan
      Pores atau liang pori-pori sememangnya terdapat di keseluruhan badan kita, liang halus ini juga mengandungi folikel rambut/bulu dan berfungsi sebagai jalan keluar sebum. Saiz liang-liang ini akan berubah apabila sebaceous glands bertindak aktif dan akan menyebabkan pembukaan liang pori bertambah luas. Selain itu, faktor-faktor seperti peningkatan umur dan diikuti dengan kulit wajah atau tubuh yang mula mengendur juga menyebabkan  pori-pori boleh terbuka dengan lebih besar. Liang pori-pori yang terbuka luas dan besar ini cenderung untuk tersumbat dan perkara ini boleh menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata, jerawat, dan wajah kelihatan tidak menarik.
Liang Pori-pori Kelihatan Jelas
     Sebenarnya, sehingga ke saat ini, tiada satu rawatanpun yang boleh menutup terus liang pori terbuka.  Walaubagaimanapun dengan kaedah rawatan yang betul, InsyaAllah, saiz liang-liang ini boleh dikecil atau dikurangkan dengan mengurangkan aktiviti sebaceous glands atau dengan cara memantapkan keanjalan kulit menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Antara terapi/rawatan yang disyorkan adalah seperti Vitamin C Infusion Therapy (dapat kurangkan aktiviti sebaceous glands dan menggalakkan sintesis kolagen pada kulit), dan juga RF Facial Therapy (mengaktifkan sintesis kolagen pada kulit dan menganjalkan otot wajah agar kembali tegang sekaligus, mengurangkan penampilan liang pori-pori terbuka)

Faktor Penyebab Open Pores:-


Pengeluaran Sebum yang Tidak Terkawal/Berlebihan
  • Perkara ini berlaku apabila aktiviti pengeluaran sebum yang terlalu sesak dan tidak terkawal meningkat dengan cepat. Ini menyebabkan pembukaan liang-pori-pori lebih cepat terbuka dan kelihatan jelas dengan mata kasar.
  • Timbunan minyak atau sebum yang berlebihan ini akan menyebabkan liang folikel tersumbat. Apabila timbunan sebum yang tersumbat ini dibiar lama, ia akan mengeras dan mengambil ruang yang besar di dalam liang folikel. Pada masa yang sama, ruang kulit di sisi liang ini pula akan tertarik keluar secara berlawanan.  Secara tidak langsung, fenomena ini akan menyebabkan pertambahan dalam diameter liang pori dan menjadikan kulit wajah kelihatan kasar.
  • Aktiviti 'tarikan dua arah bertentangan' inilah yang menyebabkan kerosakan pada tisu di dalam kulit yang menyumbangkan permasalah ini.
  • Secara normalnya, tisu kulit yang tertarik ini, kebiasaannya akan terikat kembali ke tempat asalnya, di mana pori-pori yang sudah terbuka dan meluas ini akan kembali mengecut dan mengecil dek kerana terdapat tisu penyambung yang menggantikan tisu-tisu yang rosak.
  • Namun begitu, apabila penghasilan tisu penyambung ini mula berkurangan, maka kerja-kerja penggantian tisu yang rosak gagal dilaksanakan, justeru menyebabkan liang pori-pori yang terbuka ini gagal dirawat dan mengakibatkan ia berlubang secara kekal.
Kekurangan Penghasilan Tisu Penyambung (kehilangan Kolagen dan Elastin)
  • Tisu-tisu penyambung adalah merupakan suatu struktur yang terdapat pada tubuh kita yang berfungsi untuk memegang dan mengikat sel-sel kulit agar tidak kendur dan menggelebeh.
  • Ia terbahagi kepada dua struktur major iaitu molekul protein atau kolagen dan juga elastin.
  • Berdasarkan kajian, antara sebab-sebab mengapa penghasilan struktur ini berkurang adalah seperti berikut;-
  1. Faktor Umur
  • Semakin meningkat usia, semakin kurang penghasilan struktur kolagen dan elastin.
  • Selepas mencapai umur 20 tahun, kita akan mengalami kehilangan lebih kurang 2% kolagen bagi setiap tahun selepas itu.
  • Lingkaran pada liang pori-pori akan lebih mudah untuk tertarik keluar dan menyebabkan pori-pori lebih jelas membesar dan meluas.
     2.  Faktor Pendedahan Matahari dan Sinar UV
  • Menyebabkan lapisan epidermis kulit menipis, pembesaran pada diameter pori-pori seterunya menyebabkan open pores.
  • Pendedahan ini juga boleh mengakibatkan kerosakan pada elastin dan kolagen yang sedia ada dan menggangu pertumbuhan dan produksi kolagen-kolagen baru dan seterunya menyebabkan kulit kurang keanjalan dan elastisiti.
     3.  Radikal Bebas
  • Menyebabkan permasalahan yang ada bertambah teruk.
Kurang Tidur
  • Kurang tidur ini akan menyumbangkan kepada permasalahan hormon yang tidak seimbang / harmonal imbalance dan menyebabkan pengeluaran sebum yang luar dari biasa.
  • Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan aktiviti metabolisma yang tidak seimbang di mana keadaan keasidan kulit yang sihat bertukar kepada suatu keadaan yang lebih beralkali. Keadaan beralkali ini akan menyebabkan kulit cenderung untuk menghadapi masalah.
Faktor-faktor Lain
  • Pertukaran Hormon
  • Make-up Secara Berlebihan
  • Faktor Genetik
  • Kurang Penjagaan Kebersihan Wajah
  • Acne dan Blackhead
  • Pendedahan Cahaya Matahari Secara Berlebihan
  • Alkohol dan Merokok
  • Dehidrasi Kulit
  • Kotoran Terperangkap, Minyak, dan Sel-sel Kulit Mati.
  • Diet Tidak Seimbang
  • Menopouse
Cara-cara Menangani Permasalahan Open Pores












Sunday, 3 July 2011

Co Enzyme Q10

                              
Menggunakan teknologi nano-liposome yang InsyaAllah dapat membantu:-
  • Meneutralkan radikal bebas yang menyumbang kepada penuaan.
  • Meningkatkan pemulihan dan penghasilan kulit baru serta mungurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Membantu melindungi pengeluaran kolagen dan elastin daripada terjejas.
  • Mengurangkan kedut dan kesan parut.
      Price   :  RM64.00 WM
           :  RM74.00 EM

Sensitive Cleanser

Diformulakan dengan surfactant yang lebih lembut dan sangat sesuai untuk kulit yang sensitif, nipis, kering dan kemerah-merahan. Sensitive Cleanser membersihkan kesan solekan dan kotoran tanpa mengganggu pH dan lembapan semulajadi kulit. Kulit akan terasa lembut dan segar. InsyaAllah..

Sensitive Skin Cleanser 125g (Actual)
Retail Price: RM40.00

Sensitive Skin Cleanser 30g (Trial)
Retail Price: RM12.00

Saturday, 2 July 2011

Set Asas/Basic Set

Set Asas Astaxa Bioessence diformulakan untuk mengekalkan keremajaan kulit terutama untuk kulit normal dan tidak bermasalah. Rangkaian produk berasaskan Haematococcus Pluvialis khusus untuk menentang radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit tua sebelum waktunya.

Harga: 
Pek Besar:  RM 161.00 (WM)  RM 185.00 (EM)
Pek Kecil:   RM 45.00  (WM)  RM 52.00 (EM)

Terdiri daripada:-
Cleanser Complete
Rejuvenating Toner
Renewing Moisturiser
Exfoliating Cleansing Gel

Produk Makanan kesihatan Dr. Azimuth

  1. GamatMaxx
  2. Colonkleen (Fiber)
  3. IggMaxx
  4. Madu Isteri
  5. Madu Suami 
  6. Propolis Ginseng Honey
  7. Bioyouth (Collagen)
  8. Minyak Kelapa Dara 
  9. Minyak Kelapa Dara + Pati Habbatus Sauda 
  10. Minyak Kelapa Dara + Pati Halia
  11. Minyak Kelapa Dara + Pati Serai
  12. LeanMaxx (Makanan Gantian Diet)
  13. Jus Aloe Vera (Sugar Free)
  14. Jus Aloe Vera (Fibre)
  15. Jus Spirulina Lemon/Wheatgrass
  16. Teh Misai Kucing
  17. Teh Misai Kucing dan Hempedu Bumi
  18. Kopi Tenaga

KESAN-KESAN TOKSIN TINGGI DALAM BADAN

TANDA-TANDA AWAL YANG MENUNJUKKAN BADAN KURANG BERSIH (TINGGI TOKSIN)
1. Lendir di dalam hidung dan kerongkong apabila bangun waktu pagi
2. Hidung tersumbat atau berair, lidah berlumur, bau nafas
3. Tanda darah dalam mata, tidak berselera makan, perut terasa berat
4. Perut berangin, pening kepala, terlalu banyak kelumumur, berpeluh berlebihan.
5. Badan berbau, kulit berwarna kekuningan lekas merah.
6. Bawah mata hitam dan kulit berjerawat.
7. Sukar bangun tidur.
8. Cepat Keletihan.

"Toksin meracuni tubuh" FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI
Petikan Artikel Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

     KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam.  Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘agen’ pemberitahuan sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya.
Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan. Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin.
     Golongan wanita lebih prihatin terhadap aspek penjagaan tubuh. Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.  Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.
Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

KAMI ADA CARA BAGI MENANGANINYA:

1. Minum Colonkleen Dr. Azimuth dalam keadaan sejuk sebelum sarapan pagi pada setiap hari.
2. Digalakkan untuk menjalani terapi FIR Sauna ataupun Hydro Therapy/Mandian Oksigen-Ozon pada bila-bila masa (sebaik-baiknya 2-3 kali seminggu).
3. Amalkan pemakanan kesihatan yang lain seperti Gamat Maxx, Teh Misai Kucing dan Minyak Kelapa Dara.
4. Amalkan minum air 'Hidup' seperti Dr. Azimuth Bio Aura Platinum Water Treatment.
Insya Allah..anda akan dapat lihat kesannya kemudian.

Selamat Mencuba..

HELLO SEPTEMBER!!

HELLO SEPTEMBER!!
SEPTEMBER OFFER!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...