Ramai yang teruja apabila tajuk nak kurus diutarakan. Macam pisang
goreng panas. Kepada sahabat-sahabat yang mahukan badan kembali seperti anak
dara ,sebenarnya amat mudah dan senang.Jika kata senang, maka senanglah jawapannya walaupun hakikatnya agak sukar untuk
dizahirkan.
Saya pernah menerima pelanggan yang awal-awal lagi dah surrender apabila saya mencadangkan perkara-perkara yang dirasakan
amat berat untuk dilakukan. Namun Alhamdulillah, setelah menjalani terapi
kaunseling dan terapi emosi selama lebih kurang 1 jam, beliau begitu bersemangat untuk menurunkan beratnya secara semulajadi. Hampir setiap hari
beliau akan menghubungi saya serta mengirimkan gambar makanan sihat yang
dijamah. Alhamdulillah, memang berat badan beliau turun secara
semulajadi tanpa sedikitpun tekanan dilalui. Inilah yang kita mahu
sebenarnya. Iaitu aktiviti penurunan berat badan yang santai berlaku
tanpa merasai tekanan malah diresapi dengan rasa semangat yang begitu
kental.
Namun begitu, ramaikah antara kita yang tahu petua atau
kaedah untuk set hati dan minda bagi disimpul mati akan semangat kental
ini pada diri? Haa... Perkara inilah yang selalunya gagal dilakukan oleh
mereka yang hendak langsing dan kurus secara konsisten. InsyaAllah, boleh buat
temujanji dengan saya dahulu selepas ini bagi menaikkan semangat nak
kurus tanpa lelah.
Di bawah adalah cara-cara yang perlu diikuti untuk kurus:
1. Perlu motivasi diri untuk menjiwai diet anda. Kalau sukar, boleh
dapatkan bantuan dari terapis, InsyaAllah, bab yang ini, boleh hubungi
saya.
2. Saya selalu memberatkan mereka yang nak kurus mesti
tidak tinggalkan sarapan, makan tengahari, dan makan malam before 7.30
malam. Makanan mesti yang rendah kalori. Jika dalam tempoh diet, anda
mesti kekalkan pengambilan diet sebanyak 1200-1500 kcal sehari. Pastikan
juga anda membaca jumah kalori pada label makanan. Disiplinkan diri
makan nasi 2 senduk atau segenggam sahaja sehari. Elakkan makanan
pepejal dalam masa 10 hari. Banyakkan minum air kosong. Sebenarnya boleh
je kalau nak minum ais. Tiada masalah.
3. Supplement yang digalakkan untuk dimakan adalah, habbatus sauda,
minyak zaiton dan minyak bawang putih. Perlu makan sebaik selepas anda
ambil makanan utama. Supplement ini sangat bagus dalam mencernakan
makanan dan baik untuk penghadaman serta meningkatkan daya pembakaran
dalam system badan, InsyaAllah.
4. Senaman amat penting kalau
nak cepat kurus. Sekurang-kurangnya, 20-30 minit sehari. Antara aktiviti yang boleh
dilakukan adalah dengan berjalan laju, jogging, senamrobik ikut
youtube, atau apa sahaja zktiviti yang boleh menyebabkan anda letih dan berpeluh
hanya dalam masa 20-30 minit sahaja. Sekejap je pun. Yang penting,
InsyaAllah lemak boleh terbakar dalam 100-150 kalori. Anda tak perlu
pergi ke gym atau ke tempat lain. Jika anda kreatif, sebenarnya ruang di
dalam rumahpun boleh dijadikan tempat untuk kita membakar lemak.
5. Kalau nak lebih cepat lagi, anda boleh pergi bersauna FIR lebih
kurang 15-20 minit dan juga menjalani Hidroterapi Spa untuk 20minit.
Melalui terapi ini, lagi banyak kalori boleh terbakar iaitu about
200-250 kalori terbakar. Harga terapipun taklah berapa mahal, iaitu
range dari RM55-60-99 sahaja.
6. Kalau rajin dan istiqomah,
InsyaAllah setiap minggu akan turun 1-1.5 kg. Bayangkan sebulan, dah
turun 4-6kg, kalau 3bulan, boleh turun mencecah ke 18kg. Sama macam kita
buat di London dan Slim World iaitu 3bulan turun 18kg. Malah
sangat-sangat menjimatkan serta badan sukar untuk naik mendadak kembali.
Selamat Beramal
-Adilla Zainuddin-
Thursday, 31 October 2013
Tuesday, 21 May 2013
9 Makanan Yang Menyumbang Kepada Penghasilan Angin
1. Legumes - Kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.
2. Susu dan hasil susu - Susu, aiskrim dan keju.
3. Sayur-sayuran - Kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.
4. Sayuran berubi - Kentang dan sengkuang.
5. Buah-buahan - Prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.
6. Bijirin dan roti - Kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.
7. Makanan berlemak - Makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.
8. Cecair - Minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.
9. Seserat (fiber) - Kacang, oat, bran dan kacang panggang.
5 Tips Rampingkan Perut
Ini adalah beberapa tips yang boleh dikongsi untuk memastikan perut anda sentiasa ramping dan cantik.
1. Hindari makanan-makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin seperti kacang soya, keju, sukun, nangka, aprikot. Ini adalah kerana makanan tersebut akan melepaskan gas dalam tubuh semasa dicerna dan membuat perut menjadi kembung dan buncit.
2. Jauhi minuman bersoda atau bergas, produk hasilan susu seperti aiskrim, dan makanan yang tinggi garam.
3. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten, seperti roti dan pasta. Dalam makanan tersebut, gluten berperanan sebagai bahan pengembang dan membuat perut ’bengkak’.
4. Lakukan senaman 'crunch' 50 kali tiap hari.
5. Lakukan FIR Sauna, FIR Lamp dan RF Therapy seminggu 2-3 kali.
InsyaAllah, lebih rajin anda mengamalkannya, lebih cantik dan ramping perut anda kemudian nanti.
1. Hindari makanan-makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin seperti kacang soya, keju, sukun, nangka, aprikot. Ini adalah kerana makanan tersebut akan melepaskan gas dalam tubuh semasa dicerna dan membuat perut menjadi kembung dan buncit.
2. Jauhi minuman bersoda atau bergas, produk hasilan susu seperti aiskrim, dan makanan yang tinggi garam.
3. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten, seperti roti dan pasta. Dalam makanan tersebut, gluten berperanan sebagai bahan pengembang dan membuat perut ’bengkak’.
4. Lakukan senaman 'crunch' 50 kali tiap hari.
5. Lakukan FIR Sauna, FIR Lamp dan RF Therapy seminggu 2-3 kali.
InsyaAllah, lebih rajin anda mengamalkannya, lebih cantik dan ramping perut anda kemudian nanti.
Tuesday, 23 April 2013
Perbezaan Vitamin C Untuk Makan dan Vitamin C Untuk Terapi Wajah.
Tahukah anda Vitamin C yang secara umumnya dikenali sebagai Asid Askobik, bersifat larut-air, serta sangat sensitif terhadap cahaya dan metal. Khasiatnya akan hilang dengan mudah jika terdedah kepada faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan kepada rantaian kimianya. Vitamin C dipercayai mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan kepada manusia terutamanya sebagai anti-oksida, sebagai pemangkin kepada sistem imunisasi tubuh, penggalak kepada penghasilan kolagen dalam kulit, memperbaiki kondisi kulit yang rosak, dan juga sebagai penghalang kepada kerosakan DNA akibat radikal bebas.
Menurut kajian yang dijalankan, berdasarkan Journal of American Academy of Dermatology, menyatakan bahawa pemakaian Vitamin C dalam bentuk serum ke atas kulit wajah akan membantu membetulkan kembali struktur penuaan yang telah berlaku pada kulit. Maka, ramai wanita mahupun lelaki yang mementingkan kecantikan kulit beralih kepada krim-krim ataupun serum yang terdapat kandungan Vitamin C demi untuk memastikan kulit mereka kelihatan muda dan cantik.
Namun masih ramai yang tidak tahu, sebenarnya Vitamin C yang terkandung di dalam krim mahupun serum mereka itu mungkin terdiri dari jenis dan derivatif Vitamin C yang berbeza. Apakah perbezaan untuk setiap jenis Vitamin C itu? Adakah sama fungsinya? Apakah kebaikan dan kelemahan setiap jenis dan derivatif Vitamin C yang terdapat dalam krim atau serum?
Maka, di sini saya mengulas akan setiap persoalan yang bermain di ruang fikiran anda. Sebenarnya ramai yang menyangka vitamin C yang digunakan dalam pemakanan harian adalah vitamin yang sama yang boleh diaplikasi di wajah bagi tujuan rawatan.
Sebenarnya pendapat ini kurang tepat. Ada beberapa jenis dan derivatif Vitamin C iaitu:-
1) L-Ascorbic Acid (AA)
- Merupakan Vitamin C dalam bentuk yang tulen.
- Bersifat tidak stabil kepada faktor-faktor cahaya, metal, suhu yang sangat tinggi.
- Sangat larut-air dan tidak larut-lemak.
- Sesuai untuk diambil dalam pemakanan dan tidak begitu sesuai untuk diaplikasi pada kulit.
- Boleh menyebabkan iritasi kepada kulit jika disapu atau menyebabkan masalah kesihatan jika diambil secara berlebihan dalam pemakanan tanpa minum air yang banyak.
2) Ascorbyl Palmitate (AP)
- Dikenali sebagai Ester Vitamin C.
- Hasil daripada proses esterifikasi kepada Asid Lemak.
- Bersifat larut-lemak
- Tidak boleh larut dalam air, maka jenis ini tidak dapat menembusi kulit secara total jika disapu.
3) Magnesium Ascorbyl Phosphate (MAP)
- Bersifat larut-air sama seperti AA namun mempunyai kelemahan yang sama seperti AA.
4) Ascorbyl tetra-isopalmitoyl (ATIP)
- Adalah merupakan Derivatif Vitamin C.
- Stabil kepada keadaan larut-lemak dan kurang menyebabkan iritasi berbanding AA.
- Memberi kesan yang lebih efektif jika bergabung dengan Vitamin A dan E.
- Juga boleh berfungsi sebagai penghalang kerosakan oleh UV.
- Walaubagaimanapun jenis ini dikatakan sangat lemah dalam menembusi ruang kulit.
5) Sodium Ascorbyl Phosphate (SAP)*
- Sangat stabil. Apabila SAP ini menusup ke dalam kulit, ia akan bertukar kepada Vitamin C Bebas dengan kerjasama enzim semulajadi yang terdapat pada kulit semasa proses penetrasi.
- Sangat bagus sebagai penggalak kepada pertumbuhan kolagen dan merangsang kulit lebih awet muda.
- Mampu stabil dalam jangkamasa 24 bulan jika disimpan di dalam bekas yang ditutup rapi dalam suhu 24 darjah selsius.
- Juga dikenali sebagai effective acne fighter dan selamat digunakan pada kulit tanpa menyebabkan iritasi.
* UNTUK DR. AZIMUTH VITAMIN C INFUSION FACIAL THERAPY, BELIAU TELAH MENGGUNAKAN SODIUM ASCORBYL PHOSPHATE (SAP) SEBAGAI BAHAN AKTIF YANG DIYAKINI SANGAT BAGUS UNTUK KULIT WAJAH YANG BERSERI, CANTIK DAN AWET MUDA.
Subscribe to:
Posts (Atom)